Hosea 10:1-15
10 “Israel seperti pokok anggur yang buruk namun masih berbuah.*+
Semakin banyak hasil tanah mereka, semakin banyak mazbah yang dibina oleh mereka.+Semakin baik hasil tanah mereka, semakin indah tugu-tugu suci* yang didirikan oleh mereka.+
2 Mereka bermuka dua;*Kini mereka akan disabitkan bersalah.
Sesungguhnya, Aku akan menghancurkan semua mazbah dan tugu suci mereka.
3 Mereka akan berkata, ‘Kita tidak mempunyai raja+ kerana kita tidak takut kepada Yehuwa.
Meskipun kita mempunyai raja, apakah yang dapat dilakukannya untuk kita?’
4 Mereka membuat perjanjian-perjanjian, mengucapkan kata-kata kosong, dan membuat sumpah palsu,+Sehingga ketidakadilan berleluasa seperti tumbuhan beracun yang tumbuh di ladang yang telah dibajak.+
5 Patung lembu jantan di Bet-awen+ akan dibawa ke negeri lain.
Maka penduduk Samaria akan berasa takut;Mereka akan meratapi kehilangannya,Dan para imam tuhan-tuhan asing mereka, yang dahulu bangga terhadap kemuliaan patung itu, akan berkabung.
6 Patung itu akan dibawa ke Assyria untuk dipersembahkan sebagai hadiah kepada raja yang agung.+
Kerana nasihat yang telah diikuti oleh mereka,Israel akan dimalukan dan Efraim akan dihina.+
7 Seperti puntung kayu yang dihanyutkan air,Samaria dan raja mereka pasti akan lenyap.+
8 Tempat-tempat tinggi di Bet-awen+ yang menyebabkan Israel berdosa+ akan dimusnahkan.+
Tumbuh-tumbuhan berduri akan meliputi mazbah-mazbah mereka.+
Pada masa itu, orang akan berkata kepada gunung-gunung, ‘Sembunyikanlah kami!’
Dan kepada bukit-bukit, ‘Timpalah kami!’+
9 Hai Israel, sejak perkara yang berlaku di Gibea, engkau belum lagi berhenti berdosa.+
Engkau jahat dan tidak mahu berubah.
Peperangan yang berlaku di Gibea tidak melenyapkanmu.
10 Aku akan menghukummu pada masa yang Aku inginkan.
Engkau akan dihukum atas dua kesalahan yang engkau lakukan;*Pada masa itu, semua orang akan bersekutu menentangmu.
11 Dahulu, Efraim bagaikan lembu betina muda* yang terlatih, dan yang suka mengirik tuaian.Maka Aku tidak perlu mengenakan kuk* pada tengkuknya yang elok itu.
Namun sekarang Aku akan memaksa Efraim membajak;+
Yehuda akan membajak, dan Yakub akan menggemburkan tanah.
12 Taburlah benih kebaikan, maka engkau akan menuai kasih dan kesetiaan.
Ya, bajaklah tanah yang subur bagi dirimu sendiri.+Carilah Aku, Yehuwa, selagi masih ada peluang,+Maka Aku akan datang dan mengajarmu tentang perkara yang adil dan benar.+
13 Engkau telah menanam kejahatan,Maka engkau telah menuai hal-hal yang jahat.+Engkau terpaksa memakan hasil daripada penipuanmu;Engkau percaya kepada haluanmu sendiri,Dan bergantung pada pahlawan-pahlawanmu yang banyak.
14 Pendudukmu akan berada dalam keadaan yang kacau-bilau,Dan semua kota berkubumu akan dihancurkan.+Keadaannya akan menjadi seperti pada masa Bet-arbel dimusnahkan oleh Salman.Semasa peperangan itu, para ibu bersama anak-anak mereka dibunuh dengan kejam.
15 Hai Bethel, kerana engkau telah melakukan banyak kejahatan, hal-hal tersebut akan menimpamu.+
Pada waktu subuh, raja Israel pasti akan dilenyapkan.”+