Hosea 11:1-12
11 “Aku mengasihi anak-Ku Israel sejak dia masih kecil,+Dan Aku memanggilnya keluar dari Mesir.+
2 Tetapi semakin umat-Ku dipanggil,*Semakin mereka menjauhkan diri.+
Mereka terus mempersembahkan korban kepada Baal,+Dan membakar kemenyan untuk berhala-berhala itu,+
3 Padahal Akulah yang mengajar Efraim berjalan,+ dan Akulah yang mendukung mereka.+Namun mereka tidak mahu mengakui bahawa Akulah yang telah menyembuhkan mereka.
4 Dengan penuh kasih dan kebaikan hati, Aku membimbing mereka kepada-Ku.*+Aku telah mengangkat kuk yang berat dari tengkuk mereka,Dan Aku telah memberikan makanan kepada mereka semua.
5 Tetapi mereka enggan kembali kepada-Ku.+Maka, walaupun mereka tidak dibawa ke Mesir, mereka akan ditakluki oleh Assyria.+
6 Kota-kota mereka akan diserang dengan pedang,+ dan palang pintu gerbang kota mereka akan dirobohkan.Mereka semua akan dibinasakan kerana mereka selalu merancang kejahatan.+
7 Umat-Ku cenderung untuk berlaku curang terhadap-Ku.+
Walaupun mereka dipanggil untuk kembali* kepada Aku, Tuhan Yang Maha Kuasa, tiada sesiapa pun yang berbuat demikian.
8 Hai Efraim, bagaimana mungkin Aku dapat meninggalkanmu?+
Hai Israel, bagaimana mungkin Aku dapat menyerahkanmu kepada musuhmu?
Bagaimana mungkin Aku dapat memperlakukanmu seperti Adma,
Dan menjadikanmu seperti Zeboim?+
Aku telah mengubah fikiran-Ku,Dan hati-Ku dipenuhi rasa belas kasihan terhadapmu.+
9 Aku tidak akan melampiaskan kemurkaan-Ku,
Dan Aku tidak akan membinasakan Efraim lagi,+Kerana Aku ini Tuhan dan bukan manusia.Akulah Tuhan Yang Suci dan Aku berada dalam kalangan mereka.Ya, Aku tidak akan menentang mereka dengan penuh kemurkaan.
10 Aku akan mengaum seperti singa, dan anak-anak-Ku akan datang kepada-Ku dengan gementar dari arah barat.+Ya, semasa Aku, Yehuwa, mengaum, umat-Ku akan mengikuti Aku.+
11 Semasa mereka keluar dari Mesir, mereka seperti burung yang ketakutan,Dan semasa mereka meninggalkan Assyria, mereka seperti burung merpati yang gementar.+Sesungguhnya, Aku akan membawa mereka pulang ke rumah mereka sendiri,” firman Yehuwa.+
12 “Efraim selalu berdusta terhadap-Ku,Dan Israel juga sentiasa berbohong.+
Tetapi Yehuda masih mengikuti Aku,Dan mereka masih setia kepada Aku, Tuhan Yang Maha Suci.”+