Hosea 12:1-14

  • Efraim harus kembali kepada Yehuwa (1-14)

    • Yakub telah bergelut dengan Tuhan (3)

    • Yakub menangis untuk meminta berkat (4)

12  “Efraim menaruh harapan kepada benda-benda yang tidak berguna; Dia seolah-olah mengejar angin timur sepanjang hari. Dia penuh dengan dusta dan keganasan. Dia juga membuat perjanjian dengan Assyria+ dan membawa minyak ke Mesir sebagai hadiah.+  2  Aku, Yehuwa, akan mendakwa Yehuda.+Aku akan menghukum Yakub menurut perbuatannya.Ya, Aku akan membalas mereka setimpal dengan perbuatan mereka.+  3  Dalam rahim ibunya, Yakub telah mencengkam tumit abangnya,+Dan dengan segala kekuatannya, dia telah bergelut dengan Aku.+  4  Yakub telah bergelut dengan malaikat dan akhirnya menang; Dia menangis untuk meminta berkat.”+ Tuhan datang kepadanya di Bethel, dan di sana Dia berfirman kepadanya mengenai kita.+  5  Yehuwa ialah ketua angkatan syurga.+Yehuwa, itulah nama-Nya, dan dengan nama itulah Dia harus diingati.+  6  “Maka kembalilah kepada Aku, Tuhanmu;+Perlihatkanlah kasih dan kesetiaan, tunjukkanlah keadilan,+Dan berharaplah kepada Aku, Tuhanmu, pada setiap waktu.  7  Tetapi para pedagangmu suka berdusta;Mereka menggunakan alat penimbang yang tidak tepat untuk menipu orang.+  8  Efraim asyik berkata, ‘Aku sudah kaya!+Aku sudah mendapat banyak harta!+ Dalam segala urusanku, tiada sesiapa pun yang dapat berkata bahawa aku berdosa atau bersalah.’  9  Sesungguhnya, Akulah Yehuwa, Tuhanmu sejak engkau berada di Mesir.+ Aku akan membuatmu tinggal di dalam khemah sekali lagi,Seperti dahulu pada waktu-waktu yang ditetapkan.* 10  Aku telah berfirman kepada para nabi;+Aku telah memberikan banyak penglihatan kepada mereka,Dan Aku telah menyampaikan banyak perumpamaan melalui mereka. 11  Namun, di Gilead,+ orang mengamalkan ilmu sihir dan suka berdusta. Di Gilgal, orang membina mazbah dan mempersembahkan lembu jantan sebagai korban.+Mazbah-mazbah mereka seperti timbunan batu di padang.+ 12  Yakub terpaksa melarikan diri ke kawasan Aram;*+Israel+ terpaksa bekerja di sana untuk mendapatkan isteri.+Ya, dia menggembala kawanan bebiri agar mendapat isteri.+ 13  Aku, Yehuwa, telah mengutus seorang nabi untuk membebaskan Israel dari Mesir,+Dan Aku telah menjaga mereka melalui nabi-Ku.+ 14  Tetapi Efraim telah membuat Aku sangat murka.+Mereka harus menanggung akibat daripada pembunuhan yang dilakukan oleh mereka;Mereka akan menerima balasan kerana mereka telah menghina Aku, Tuan mereka.”+

Nota Kaki

Atau mungkin, “waktu-waktu perayaan.”
Atau “Siria.”