Hosea 14:1-9

  • Rayuan untuk kembali kepada Yehuwa (1-3)

    • “Memberikan puji-pujian” (2)

  • Menyembuhkan Israel yang telah berlaku curang (4-9)

14  Hai Israel, engkau telah tersandung kerana dosamu.Maka kembalilah kepada Yehuwa, Tuhanmu.+  2  Kembalilah kepada Yehuwa dan ucapkanlah kata-kata ini:“Ampunkanlah dosa-dosa kami,+ dan terimalah perbuatan baik kami.Kami akan memberikan puji-pujian kepada-Mu+ sebagaimana kami mempersembahkan lembu jantan sebagai korban kepada-Mu.  3  Assyria tidak dapat menyelamatkan kami.+ Kami tidak akan menunggang kuda-kuda perang+Dan tidak lagi menganggap buatan tangan kami sebagai tuhan kami,Kerana Engkaulah yang berbelas kasihan terhadap anak-anak yatim.”+  4  “Aku akan menyembuhkan umat-Ku, dan mereka tidak akan berlaku curang terhadap-Ku lagi.+ Aku akan mengasihi mereka dari lubuk hati-Ku,+Kerana Aku tidak lagi murka terhadap mereka.+  5  Aku akan menjadi seperti embun pagi bagi umat Israel.Mereka akan berkembang seperti bunga bakung yang cantik,Dan mereka akan menjadi seperti pokok di Lebanon yang dalam akarnya,  6  Yang ranting-rantingnya semakin banyak dan berkembang.Mereka akan menjadi mulia seperti pokok zaitun,Dan mereka akan menjadi harum seperti pokok-pokok di Lebanon.  7  Umat-Ku akan berlindung semula di bawah naungan-Ku. Mereka akan bercucuk tanam, dan seperti pokok anggur, mereka akan berkembang pesat.+ Mereka akan bercerita tentang keagungan-Ku sebagaimana orang bercerita tentang wain di Lebanon.  8  Efraim akan berkata, ‘Apa gunanya berhala-berhala bagiku?’+ Aku akan mendengar kata-katanya dan memeliharanya.+ Aku akan menjadi seperti pokok juniper yang megah dan subur baginya, Dan Aku akan memberinya pelbagai buah untuk dinikmati.”  9  Semoga orang yang bijaksana memahami semua perkara ini; Semoga orang yang berpengertian mengetahui segala hal ini, Kerana haluan Yehuwa ialah haluan yang adil dan benar.+Orang yang berbuat benar akan mengikuti haluan itu,Tetapi orang yang berdosa akan menyimpang daripada haluan itu lalu tersandung.

Nota Kaki