Hosea 2:1-23
2 “Katakanlah kepada saudara-saudara lelaki kamu, ‘Kamu umat-Ku!’*+
Katakanlah kepada saudara-saudara perempuan kamu, ‘Kamu wanita yang dikasihani!’*+
2 Buatlah aduan terhadap ibu kamu; dakwalah dia,Kerana dia bukan lagi isteri-Ku+ dan Aku bukan lagi suaminya.
Dia harus berhenti melacur,Dan dia mesti berhenti berbuat zina.
3 Jika dia tidak berhenti berbuat demikian, Aku akan menanggalkan semua pakaiannya sehingga dia telanjang seperti keadaannya semasa dilahirkan.Aku akan menjadikannya seperti padang belantara,Seperti tanah yang tandus dan gersang,Dan Aku akan menyebabkannya mati kehausan.
4 Aku tidak akan berbelas kasihan terhadap anak-anaknya,Kerana mereka ialah anak yang dilahirkan daripada pelacurannya.*
5 Tanpa malu, dia telah melacurkan diri,+
Dan dia telah mengandung daripada pelacurannya.+Dia berkata, ‘Aku akan mengikut kekasih-kekasihku,+Kerana merekalah yang memberi aku roti dan air,Dan merekalah yang memberi aku kain bulu, kain linen, minyak, dan minuman.’
6 Oleh itu, Aku akan memagari jalannya dengan pagar berduri,Dan Aku akan membina tembok batu untuk menghalangnya,Sehingga tidak ada jalan keluar baginya.
7 Dia akan mengejar kekasih-kekasihnya, tetapi dia tidak akan berjaya mengejar mereka;+Dia akan mencari mereka, tetapi dia tidak akan menjumpai mereka.
Kemudian dia akan berkata, ‘Aku akan kembali kepada suamiku,+Kerana keadaanku pada masa dahulu lebih baik daripada keadaanku sekarang.’+
8 Dia tidak menyedari bahawa Akulah yang memberinya biji-bijian,+ minyak, dan wain baharu,Dan Akulah yang memberinya banyak emas serta perak,Yang digunakannya untuk menyembah Baal.+
9 Oleh itu, pada musim menuai, Aku akan mengambil balik biji-bijian-Ku,Dan pada musim anggur, Aku akan mengambil kembali wain baharu-Ku.+Aku akan mengambil semula kain bulu dan kain linen yang digunakannya untuk menutupi tubuhnya.
10 Aku akan mendedahkan bahagian sulitnya di hadapan kekasih-kekasihnya,Dan tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkannya daripada tangan-Ku.+
11 Aku akan mengakhiri segala kegembiraannya.Aku akan menghentikan perayaan-perayaannya,+ termasuk perayaan bulan baharu, hari Sabat, dan semua perayaannya yang lain.
12 Aku akan menghancurkan pokok-pokok anggur dan pokok-pokok aranya, yang tentang semua itu dia berkata,
‘Inilah upahku yang diberikan oleh kekasih-kekasihku.’Aku akan mengubah semua itu menjadi hutan,Dan binatang liar di padang akan memusnahkan semuanya.
13 Aku akan menghukumnya kerana dia telah memberikan persembahan kepada patung-patung Baal.+Dia telah menghias diri dengan barang kemas dan mengejar kekasih-kekasihnya.Dia telah melupakan Aku, Yehuwa.+
14 Namun Aku akan memujuknya,Dan Aku akan membawanya ke padang belantara.Aku akan bercakap kepadanya dengan lembut supaya dapat menawan hatinya.
15 Kemudian, Aku akan memulangkan ladang anggurnya,+Dan Aku akan memberinya Lembah* Akhor+ supaya dia dapat memperoleh apa yang diharapkannya.Dia pasti akan menyahut seruan-Ku seperti pada masa mudanya,Iaitu ketika dia keluar dari negeri Mesir.+
16 Pada masa itu, Aku, Yehuwa, akan berkata kepadanya,‘Kamu akan menyebut Aku sebagai suamimu, dan kamu tidak akan lagi menyebut Aku sebagai tuanmu.’*
17 Aku tidak akan lagi membenarkan dia menyebut nama patung-patung Baal,+Dan nama patung-patung itu akan dilupakan sama sekali.+
18 Demi umat-Ku, pada masa itu, Aku akan membuat perjanjian dengan binatang liar di padang,+Dan dengan burung-burung di langit serta dengan binatang menjalar di tanah.+Aku akan memusnahkan busur dan pedang, dan Aku akan melenyapkan peperangan di negeri mereka.+Aku akan membuat mereka hidup dengan aman dan tenteram.+
19 Aku akan menjadikan dia isteriku buat selama-lamanya.Aku akan memperlakukannya dengan baik dan adil,Dan Aku akan menunjukkan kasih, kesetiaan, dan belas kasihan kepadanya.+
20 Aku berjanji bahawa Aku akan setia kepadanya.Akulah Yehuwa, dan dia pasti akan mengenal Aku.+
21 Pada masa itu, Aku, Yehuwa, akan berfirman,‘Aku akan menyahut seruan langit,Dan langit akan menyahut seruan bumi.+
22 Kemudian bumi akan menyahut seruan biji-bijian, minyak, dan wain baharu,Lalu semua itu akan menyahut seruan Yizreel.*+
23 Demi diri-Ku sendiri, Aku akan menaburnya di bumi seperti menabur benih,+Dan Aku akan menunjukkan belas kasihan kepadanya yang tidak dikasihani;*Aku akan berkata kepada orang yang bukan umat-Ku,* “Kamu umat-Ku,”+
Dan mereka akan berkata, “Engkaulah Tuhan kami.”’”+