Hosea 3:1-5

  • Hosea mendapatkan semula isterinya yang berzina (1-3)

  • Orang Israel akan kembali kepada Yehuwa (4, 5)

3  Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, “Pergilah dan cintailah wanita itu yang telah berzina dan dicintai oleh lelaki lain.+ Kasihilah dia sekali lagi sebagaimana Aku, Yehuwa, mengasihi orang Israel,+ meskipun mereka meninggalkan Aku dan menyembah tuhan-tuhan lain,+ serta suka mempersembahkan kuih kismis* kepada tuhan-tuhan itu.”  Oleh itu, aku mendapatkan dia semula dengan membayar 15 keping wang perak dan satu homer setengah* barli.  Kemudian aku berkata kepadanya, “Kamu akan tinggal bersamaku untuk beberapa lama. Selama itu, kamu tidak boleh melacur atau melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. Sepanjang waktu itu, aku juga tidak akan melakukan hubungan seks denganmu.”  Hal ini demikian kerana untuk beberapa lama, orang Israel juga akan hidup tanpa raja,+ pemimpin, korban, tugu suci, efod,*+ dan patung-patung terafim.*+  Tetapi pada penghujung masa itu, orang Israel akan kembali dan mencari Yehuwa, Tuhan mereka,+ dan mencari Daud, raja mereka.+ Dengan hormat dan gementar, mereka pasti akan kembali kepada Yehuwa untuk menikmati berkat-Nya.+

Nota Kaki

Iaitu, kuih yang digunakan dalam penyembahan palsu.
1 homer = 220 L.
Lihat Kamus.
Atau “patung dewa dewi keluarga; patung berhala.”