Hosea 5:1-15

  • Penghakiman ke atas Efraim dan Yehuda (1-15)

5  “Hai imam-imam, dengarlah!+Hai Israel, perhatikanlah baik-baik!Hai anggota kerabat diraja, dengarlah!Kamu semua akan dihakimi,Kerana kamu telah menjadi seperti perangkap di Mizpa,Dan seperti jaring di Tabor.+   Sudah banyak kali Aku memberikan amaran kepada kamu,Tetapi kamu semua terus memberontak, dan kamu terus menumpahkan darah.   Aku tahu tentang Efraim;Mereka telah melakukan banyak perkara yang tidak bermoral.* Israel tidak dapat bersembunyi daripada-Ku.Mereka telah menajiskan diri mereka sendiri.+   Perbuatan mereka menghalang mereka untuk kembali kepada-Ku.Mereka semua suka melacurkan diri,+Dan mereka enggan mengakui bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan mereka.   Kesombongan Israel telah menjadi bukti kesalahan mereka.+Israel dan Efraim telah jatuh kerana dosa mereka sendiri,Dan Yehuda turut tersandung bersama mereka.+   Mereka mencari Aku, Yehuwa, dengan membawa lembu dan bebiri,Tetapi mereka tidak dapat menjumpai Aku, Kerana Aku telah meninggalkan mereka.+   Mereka telah mengkhianati Aku, Yehuwa.+Mereka telah melahirkan anak-anak yang haram. Maka mereka dan segala milik mereka akan dimusnahkan dalam masa satu bulan.   Tiuplah trompet-trompet+ di Gibea dan di Rama!+ Teriakkanlah pekik peperangan di Bet-awen!+ Benyamin akan maju berperang!   Orang tentu akan terkejut semasa Efraim dihukum!+ Aku sudah mengisytiharkan perkara-perkara yang pasti akan berlaku kepada suku-suku Israel. 10  Para pemimpin Yehuda menjadi seperti orang yang mengalihkan penanda sempadan tanah+ orang lain. Maka kemurkaan-Ku akan melanda mereka seperti air bah. 11  Efraim memang wajar ditindas dan dihancurkan,Kerana mereka berusaha bersekutu dengan musuh mereka.+ 12  Aku akan memusnahkan Efraim seperti anai-anai memusnahkan kayu,Dan Aku akan membuat Yehuda menjadi seperti sebatang kayu yang reput. 13  Apabila Efraim sedar bahawa mereka sakit, dan bahawa Yehuda diserang penyakit ulser,Mereka pergi ke Assyria+ dan menghantar utusan kepada raja yang agung. Tetapi dia tidak dapat menyembuhkan mereka,Dan dia tidak dapat menyingkirkan penyakit mereka. 14  Seperti seekor singa yang muda, Aku akan menyerang Efraim.Seperti seekor singa yang perkasa, Aku akan menentang Yehuda. Aku akan mencabik-cabik mereka lalu membawa mereka pergi;+Tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan mereka.+ 15  Aku akan meninggalkan mereka lalu kembali ke tempat-Ku, dan mereka akan menderita akibat dosa mereka.Kemudian mereka akan mencari Aku untuk mendapatkan perkenan-Ku.+ Ya, mereka akan mencari Aku semasa mereka mengalami kesengsaraan.”+

Nota Kaki

Atau “melakukan pelacuran.”