Hosea 7:1-16

  • Perbuatan-perbuatan jahat Efraim (1-16)

    • Tidak akan terlepas daripada hukuman Tuhan (12)

7  “Setiap kali Aku ingin menyembuhkan Israel,Aku hanya melihat dosa yang dilakukan oleh mereka,*+Dan Aku nampak kejahatan yang dibuat oleh mereka.*+ Mereka penuh dengan penipuan;+Mereka memasuki rumah orang untuk mencuri, dan mereka merompak orang di jalan-jalan.+  2  Tetapi mereka langsung tidak menyedari bahawa Aku akan mengingat segala kejahatan mereka.+ Kini mereka diperangkap oleh segala kejahatan yang dilakukan oleh mereka.Sesungguhnya Aku melihat semua perbuatan jahat mereka.  3  Mereka berusaha menyenangkan hati raja dengan melakukan kejahatan,Dan mereka berusaha menggembirakan hati para pemimpin dengan tipu daya mereka.  4  Mereka semua ialah penzina;Nafsu mereka berkobar-kobar seperti api ketuhar yang dinyalakan oleh pembuat roti;Api itu tidak perlu dibesarkan sebelum adunan yang dibuat naik.  5  Raja suka bergaul dengan orang yang suka mengejek.Pada hari pesta raja, para pemimpin jatuh sakit Dan menjadi marah kerana minum wain.+  6  Keinginan* umat ini bagaikan nyala api dalam ketuhar; Meskipun pembuat roti tidur sepanjang malam,Api di dalam ketuhar masih membara pada waktu pagi.  7  Mereka semua bagaikan ketuhar yang panas;Mereka menghapuskan para pemimpin mereka. Raja-raja mereka digulingkan,+Namun tiada sesiapa pun yang berseru kepada-Ku untuk meminta tolong.+  8  Efraim bergaul dengan bangsa-bangsa lain;+ Mereka bagaikan kuih setengah masak.  9  Orang lain menghancurkan kekuatan mereka,+ tetapi mereka tidak menyedarinya. Rambut mereka sudah beruban, tetapi mereka tidak mengetahuinya. 10  Kesombongan Israel telah menjadi bukti kesalahan mereka,+Tetapi mereka tidak kembali kepada Aku, Yehuwa, Tuhan mereka;+Mereka tidak mencari Aku meskipun semua ini telah terjadi. 11  Efraim bagaikan burung merpati yang bodoh; Mereka tidak berpengertian+ dan telah meminta bantuan orang Mesir+ dan Assyria.+ 12  Tidak kira ke mana mereka pergi, Aku akan memasang jaring untuk menangkap mereka seperti orang menangkap burung. Aku akan menghukum mereka selaras dengan amaran yang telah Aku berikan kepada mereka.+ 13  Malanglah mereka kerana mereka telah meninggalkan Aku! Mereka akan binasa kerana telah berdosa terhadap Aku. Aku hendak menebus mereka, tetapi mereka telah berdusta tentang Aku.+ 14  Meskipun mereka meratap di tempat tidur mereka,Mereka tidak berseru meminta tolong kepada-Ku dengan ikhlas.+ Untuk mendapatkan bijirin dan wain baharu, mereka melukai diri mereka sendiri;Mereka telah memberontak terhadap-Ku. 15  Walaupun Aku membimbing dan menguatkan mereka,Mereka terus melawan Aku dan merancang perkara yang jahat. 16  Mereka kembali, tetapi bukan kepada Aku, Tuhan Yang Maha Tinggi;Seperti busur yang talinya sudah kendur, mereka tidak dapat diharap.+ Para pemimpin mereka yang biadab akan dibunuh dengan pedang, Dan mereka akan menjadi bahan ketawa di seluruh negeri Mesir.”+

Nota Kaki

Atau “Efraim.”
Atau “Samaria.”
Atau mungkin, “Komplot.”