Hosea 8:1-14
8 “Tiuplah trompet!+
Musuh sedang menyerang umat-Ku* seperti burung helang menyambar mangsa.+Umat ini telah memungkiri perjanjian yang Aku, Yehuwa, buat dengan mereka,+ dan mereka telah melanggar hukum-Ku.+
2 Mereka berseru kepada-Ku, ‘Ya Tuhan, kami, orang Israel, mengenal Engkau!’+
3 Tetapi Israel telah menolak perkara yang baik.+
Maka biarlah musuh mengejar mereka.
4 Mereka telah memilih raja-raja tanpa persetujuan-Ku;
Mereka telah melantik para pemimpin tanpa meminta perkenan-Ku.
Mereka menggunakan perak dan emas untuk membuat berhala-berhala+Yang akan mengakibatkan kebinasaan mereka sendiri.+
5 Aku menolak patung anak lembu yang dibuat oleh Samaria;+
Aku sangat murka terhadap mereka.+
Sampai bilakah mereka akan terus menajiskan diri?
6 Patung anak lembu itu dibuat oleh seorang tukang di Israel;
Patung anak lembu itu bukan Tuhan yang benar!Patung lembu yang dibuat di Samaria itu akan dihancurkan.
7 Umat ini menabur angin,Maka mereka akan menuai ribut.+
Gandum mereka tidak akan menghasilkan bulir yang masak;+Jika ada bulir yang masak, bulir itu tidak dapat dituai untuk membuat tepung;
Meskipun mereka dapat membuat tepung, tepung itu akan dihabiskan oleh bangsa lain.+
8 Israel akan ditelan oleh musuh.+
Mereka akan tercerai-berai dalam kalangan bangsa-bangsa lain,+Dan menjadi seperti bejana yang tidak berguna,
9 Kerana seperti keldai liar yang degil, mereka telah meminta bantuan Assyria;+
Efraim telah mengupah pelacur untuk menjadi kekasih mereka.+
10 Meskipun mereka mengupah pelacur daripada kalangan bangsa-bangsa lain,Aku akan mengumpulkan mereka semua.Mereka semua akan menderita+ kerana ditindas oleh para raja dan pemimpin.
11 Efraim berdosa kerana membina banyak mazbah;+
Mazbah-mazbah itu menyebabkan mereka berdosa.+
12 Aku telah menulis banyak hukum untuk mereka,Tetapi mereka tidak mempedulikan hukum-hukum itu.+
13 Mereka mempersembahkan korban kepada Aku dan memakan daging korban itu.Namun Aku, Yehuwa, tidak berkenan kepada persembahan mereka.+
Aku akan mengingat kesalahan mereka dan menghukum mereka atas dosa yang dilakukan oleh mereka.+
Mereka telah meminta bantuan Mesir.*+
14 Israel telah melupakan Pencipta mereka;+ mereka telah membina kuil-kuil,+Dan Yehuda telah mendirikan banyak kota berkubu.+
Tetapi Aku akan menurunkan api ke atas kota-kota itu,Dan api tersebut akan menghanguskan semua menara di dalam setiap kota itu.”+