Hosea 9:1-17

  • Efraim ditolak oleh Tuhan kerana berdosa (1-17)

    • “Membaktikan diri kepada perkara yang memalukan” (10)

9  “Hai Israel, janganlah bergembira,+Dan janganlah bersukacita seperti bangsa-bangsa lain, Kerana engkau telah melacurkan diri dan meninggalkan Aku, Tuhanmu;+ Engkau suka menerima upah atas pelacuran yang engkau lakukan di tempat-tempat mengirik* tuaian.+   Tetapi engkau tidak akan mendapat makanan di tempat mengirik tuaian;Engkau tidak akan menjumpai apa-apa di tempat memeras anggur, dan engkau akan kehabisan wain baharu.+   Engkau tidak akan tinggal lagi di tanah milik Aku, Yehuwa.+Hai Efraim, engkau akan kembali ke Mesir,Dan engkau akan memakan benda-benda yang dianggap najis di Assyria.+   Engkau tidak akan lagi mempersembahkan korban wain kepada Aku, Yehuwa;+Aku tidak akan berkenan kepada persembahan-persembahanmu.+ Persembahanmu bagaikan roti yang dimakan semasa upacara berkabung;Semua orang yang memakannya akan menajiskan diri. Hanya engkau yang akan memakan roti itu;Roti itu tidak akan dibawa ke rumah milik Aku, Yehuwa.   Apakah yang akan engkau lakukan apabila hari untuk berkumpul tiba?Apakah yang akan engkau lakukan apabila perayaan untuk Aku, Yehuwa, diadakan?   Apabila negerimu dimusnahkan, engkau terpaksa melarikan diri.+ Engkau akan dikumpulkan di Mesir,+ lalu dikuburkan di Memfis.+ Semua barangan perakmu akan diliputi belukar berduri,Dan khemahmu akan ditumbuhi semak berduri.   Hai Israel, ketahuilah hal ini:Hari untuk menerima hukuman akan tiba,+Dan hari untuk menerima pembalasan akan sampai. Para pelihatmu akan terbukti bodoh, para nabimu akan menjadi gila,Dan engkau akan dibenci kerana kesalahanmu bertimbun-timbun.”   Pada suatu ketika, para penjaga+ di Efraim setia kepada Tuhan.+ Tetapi sekarang, para nabi+ itu seperti perangkap yang diletakkan oleh seorang pemburu burung di jalan-jalan Efraim.Di Rumah Tuhan, hanya terdapat kebencian.   Seperti yang berlaku di Gibea, umat Israel telah terjebak ke dalam perkara yang membawa kebinasaan.+ Tuhan akan mengingat dosa mereka dan Dia akan menghukum mereka.+ 10  “Semasa Aku menjumpai Israel, mereka bagaikan buah anggur di padang belantara.+ Semasa Aku menemui nenek moyang mereka, mereka seperti buah sulung pokok ara yang baru masak. Tetapi mereka telah pergi kepada Baal di Peor;+Mereka membaktikan diri kepada perkara* yang memalukan,+Sehingga mereka juga menjijikkan seperti tuhan-tuhan yang dicintai oleh mereka itu. 11  Kemuliaan Efraim akan terbang menghilang seperti burung.Mereka tidak akan mendapat anak; wanita dalam kalangan mereka tidak akan mengandung dan melahirkan anak.+ 12  Meskipun anak mereka dilahirkan dan dibesarkan,Aku akan mengambil anak-anak itu sehingga tiada seorang pun yang tinggal.+Ya, malanglah mereka semasa Aku meninggalkan mereka!+ 13  Bagi-Ku Efraim seperti Tirus;+ mereka bagaikan tanaman yang tumbuh di padang rumput.Tetapi sekarang, Efraim harus membawa anak-anak mereka untuk dibunuh oleh musuh-musuh mereka.” 14  Ya Yehuwa, balaslah mereka setimpal dengan perbuatan mereka.Biarlah wanita dalam kalangan mereka keguguran; biarlah wanita mereka tidak dapat menyusui bayi. 15  “Mereka melakukan semua kejahatan itu di Gilgal,+ dan Aku membenci mereka di sana; Semua pemimpin mereka keras kepala. Maka Aku tidak akan lagi mengasihi mereka;+Aku akan mengusir mereka dari rumah-Ku kerana perbuatan jahat yang dilakukan oleh mereka.+ 16  Efraim akan ditumbangkan seperti pokok.+ Ya, mereka seperti pokok yang tidak dapat berbuah lagi, dan yang akarnya sudah kering; Walaupun mereka mendapat anak, Aku akan membunuh anak-anak kesayangan mereka itu.” 17  Tuhan akan menolak mereka,Kerana mereka tidak mendengarkan firman-Nya.+Mereka akan menjadi pelarian dalam kalangan bangsa-bangsa lain.+

Nota Kaki

Proses memisahkan buah daripada tangkai.
Atau “tuhan.”