Ibrani 13:1-25

  • Nasihat dan salam (1-25)

    • Sambut orang dengan ramah (2)

    • Hormatilah perkahwinan (4)

    • Patuhi orang yang mengambil pimpinan (7, 17)

    • Puji-pujian sebagai korban (15, 16)

13  Sebagai saudara-saudara seiman, hendaklah kamu sentiasa saling mengasihi.+  Janganlah lupa menyambut orang dengan ramah,*+ kerana sesetengah orang telah berbuat demikian dan menyambut malaikat tanpa menyedarinya.+  Ingatlah akan orang yang dipenjarakan,*+ seolah-olah kamu juga dipenjarakan bersama-sama mereka.+ Ingatlah akan orang yang dilayan dengan buruk, seolah-olah kamu juga dilayan dengan buruk bersama-sama mereka.  Hendaklah perkahwinan dihormati oleh semua orang, dan katil perkahwinan haruslah tidak tercemar,+ kerana Tuhan akan menghakimi orang yang melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral* dan orang yang berzina.+  Hendaklah cara hidup kamu bebas daripada cinta akan wang.+ Sebaliknya hendaklah kamu berpuas hati dengan apa yang kamu miliki,+ kerana Tuhan telah berfirman, “Aku sama sekali tidak akan meninggalkan engkau, dan Aku sama sekali tidak akan mengabaikan engkau.”+  Oleh itu, dengan penuh keberanian kita dapat berkata, “Yehuwa* ialah penolongku; aku tidak akan berasa takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?”+  Ingatlah akan mereka yang mengambil pimpinan dalam kalangan kamu,+ iaitu mereka yang telah menyampaikan firman Tuhan kepada kamu. Perhatikanlah hasil daripada tingkah laku mereka dan tirulah iman mereka.+  Yesus Kristus tetap sama, baik semalam, hari ini, mahupun selama-lamanya.  Janganlah disesatkan oleh pelbagai ajaran yang ganjil. Adalah lebih baik jika hati kita diteguhkan oleh kebaikan hati yang unggul daripada diteguhkan oleh makanan,* kerana orang yang terlalu bertumpu kepada makanan tidak akan meraih manfaat daripadanya.+ 10  Kita mempunyai mazbah, tetapi orang yang menjalankan khidmat suci di khemah Tuhan tidak berhak untuk memakan korban di atas mazbah itu.+ 11  Imam agung membawa darah binatang-binatang ke dalam Bilik Maha Suci sebagai korban dosa, tetapi bangkai binatang-binatang itu dibakar di luar kawasan perkhemahan.+ 12  Demikian juga, Yesus menderita di luar pintu gerbang kota+ agar dia dapat menyucikan orang dengan darahnya.+ 13  Oleh itu, marilah kita pergi kepadanya di luar kawasan perkhemahan sambil menanggung hinaan yang ditanggung olehnya,+ 14  kerana di sini kita tidak mempunyai kota yang kekal. Kita mencari dengan bersungguh-sungguh kota yang akan datang.+ 15  Melalui Yesus, marilah kita sentiasa mempersembahkan puji-pujian sebagai korban kepada Tuhan.+ Itulah buah yang kita persembahkan dengan bibir+ apabila kita mengisytiharkan nama-Nya di hadapan umum.+ 16  Selain itu, janganlah lupa untuk berbuat baik dan untuk mengongsi apa yang kamu miliki dengan orang lain,+ kerana korban-korban sebegitu menyenangkan hati Tuhan.+ 17  Patuhilah mereka yang mengambil pimpinan dalam kalangan kamu+ dan tunduklah kepada mereka,+ kerana mereka sedang menjaga kamu dan akan bertanggungjawab kepada Tuhan.+ Dengan demikian, mereka dapat menjalankan tugas dengan sukacita dan bukannya dengan keluh-kesah, kerana hal itu akan merugikan kamu. 18  Teruslah berdoa untuk kami, kerana kami percaya bahawa hati nurani kami murni, dan kami ingin melakukan segala sesuatu dengan jujur.+ 19  Khasnya aku ingin menggesa kamu untuk berdoa agar aku dapat kembali kepada kamu dengan lebih cepat. 20  Tuhan sudah membangkitkan Tuan Yesus, gembala agung kita,+ daripada kematian, dan darah yang mengesahkan perjanjian yang kekal ada bersamanya. Sekarang, semoga Tuhan kedamaian 21  melengkapi kamu dengan segala perkara baik yang diperlukan untuk melakukan kehendak-Nya. Melalui Yesus Kristus, semoga Tuhan menggerakkan kita untuk melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya. Semoga Tuhan dimuliakan buat selama-lamanya. Amin. 22  Sekarang saudara-saudara, aku menggesa kamu supaya mendengar kata-kata galakanku dengan sabar, kerana surat yang aku tulis ini ringkas sahaja. 23  Aku mahu kamu tahu bahawa saudara kita Timotius sudah dibebaskan. Jika dia segera datang ke sini, aku akan melawat kamu bersama dia. 24  Sampaikanlah salamku kepada semua yang mengambil pimpinan dalam kalangan kamu dan kepada semua umat suci. Mereka yang berada di Italia+ mengirim salam kepada kamu. 25  Semoga kebaikan hati Tuhan yang unggul menyertai kamu semua.

Nota Kaki

Atau “menunjukkan kebaikan hati kepada orang yang tidak dikenali.”
Harfiah, “dibelenggu.”
Lihat Kamus.
Iaitu, peraturan-peraturan tentang makanan.