Surat kepada Orang Ibrani 2:1-18
2 Itulah sebabnya kita perlu menumpukan lebih banyak perhatian kepada perkara-perkara yang sudah kita dengar,+ agar kita tidak sekali-kali hanyut.+
2 Jika perkhabaran yang disampaikan melalui para malaikat+ terbukti dapat dipercayai, dan setiap orang yang berbuat salah dan yang ingkar dihukum dengan adil,+
3 bagaimanakah kita dapat melarikan diri jika kita telah mengabaikan penyelamatan yang begitu agung?+ Tuan kitalah yang mula-mula mengisytiharkan penyelamatan itu,+ dan orang yang mendengarnya sudah membuktikan kebenarannya kepada kita.
4 Di samping itu, Tuhan memberikan kesaksian dengan menggunakan tanda-tanda, mukjizat, dan pelbagai perbuatan yang menakjubkan.+ Dia juga memberikan kesaksian dengan membahagi-bahagikan kuasa suci-Nya* menurut kehendak-Nya.+
5 Dia tidak memberi para malaikat kuasa atas dunia yang akan datang,+ iaitu dunia yang sedang kita percakapkan.
6 Namun, terdapat seorang saksi yang pernah menulis, “Siapakah manusia sehingga Engkau mengingat mereka, atau siapakah anak manusia sehingga Engkau menjaganya?+
7 Engkau menjadikannya sedikit rendah daripada malaikat-malaikat, dan Engkau memberinya kemuliaan dan penghormatan serta melantiknya untuk mengurus hasil ciptaan tangan-Mu.
8 Engkau telah menundukkan segala sesuatu di bawah kakinya.”+ Tuhan memberinya kuasa atas segala sesuatu,+ maka tidak ada apa-apa pun yang tidak dikuasai olehnya.+ Tetapi sekarang kita masih belum melihat segala sesuatu dikuasai olehnya.+
9 Namun demikian, kita melihat Yesus diberi kemuliaan dan penghormatan kerana dia telah menderita sampai mati.+ Dia dijadikan sedikit rendah daripada malaikat-malaikat,+ dan melalui kebaikan hati Tuhan yang unggul, dia merasai kematian bagi setiap orang.+
10 Segala sesuatu wujud melalui Tuhan dan untuk memuliakan-Nya. Maka, adalah wajar bagi Tuhan untuk menjadikan Pemimpin Utama kita sempurna melalui penderitaan,+ supaya banyak anak dapat dimuliakan+ dan diselamatkan melalui Pemimpin Utama ini.+
11 Baik Yesus yang menyucikan manusia mahupun mereka yang disucikan+ olehnya berasal daripada Bapa yang sama.+ Itulah sebabnya dia tidak berasa malu untuk memanggil mereka saudara-saudara.+
12 Dia berkata, “Aku akan mengisytiharkan nama-Mu kepada saudara-saudaraku. Aku akan memuji-Mu dengan lagu di tengah-tengah sidang.”+
13 Dia juga berkata, “Aku akan menaruh kepercayaan kepada-Nya.”+ Dia berkata lagi, “Inilah aku bersama anak-anak muda yang diberikan oleh Yehuwa* kepadaku.”+
14 Memandangkan tubuh “anak-anak muda” ini terdiri daripada darah dan daging, dia juga menjadi darah dan daging+ agar melalui kematiannya, dia dapat membinasakan Iblis+ yang mampu menyebabkan kematian.+
15 Selain itu, dia juga dapat membebaskan semua orang yang diperhamba seumur hidup kerana takut akan kematian.+
16 Sesungguhnya, dia bukannya membantu malaikat-malaikat, tetapi dia membantu keturunan Abraham.+
17 Oleh itu, dia harus menjadi seperti “saudara-saudaranya” dalam segala hal+ agar dia dapat berkhidmat kepada Tuhan sebagai seorang imam agung yang berbelas kasihan dan setia, dan agar dia dapat mempersembahkan korban pendamaian*+ bagi dosa-dosa orang.+
18 Oleh sebab dia sendiri telah menderita semasa diuji,+ dia dapat membantu orang yang diuji.+