Ibrani 8:1-13

  • Khemah suci, bayangan kepada hal di syurga (1-6)

  • Perjanjian lama dan baharu (7-13)

8  Inilah isi penting daripada apa yang kami katakan: Kita mempunyai imam agung sebegini,+ dan dia sudah duduk di sebelah kanan takhta Tuhan Yang Agung di syurga.+  Dia berkhidmat di Bilik Maha Suci,+ di dalam khemah sejati yang didirikan oleh Yehuwa* dan bukannya manusia.  Setiap imam agung dilantik untuk mempersembahkan pemberian dan korban. Maka, imam agung ini juga perlu mempunyai sesuatu untuk dipersembahkan.+  Jika dia berada di bumi, dia tidak dapat menjadi imam,+ kerana sudah ada imam-imam lain yang mempersembahkan pemberian menurut Hukum.  Khidmat suci yang dijalankan oleh imam-imam itu merupakan gambaran dan bayangan+ kepada hal-hal di syurga.+ Halnya sama dengan Musa. Semasa dia hendak mendirikan khemah suci, dia diperintahkan oleh Tuhan, “Pastikan engkau membuat segala-galanya menurut reka bentuk yang ditunjukkan kepada engkau di atas gunung itu.”+  Sekarang Yesus diberi tugas yang lebih unggul daripada tugas yang dijalankan oleh imam-imam itu, kerana dia juga merupakan perantara+ bagi perjanjian yang lebih baik.+ Perjanjian itu dibuat secara sah berdasarkan janji-janji yang lebih baik.+  Jika perjanjian yang pertama tidak mempunyai cacat cela, maka perjanjian yang kedua tidak diperlukan.+  Tetapi Tuhan menunjukkan kesalahan umat-Nya semasa Dia berfirman, “‘Lihatlah! Masanya akan tiba,’ firman Yehuwa,* ‘apabila Aku membuat perjanjian baharu dengan keturunan Israel dan keturunan Yehuda.  Perjanjian ini bukan seperti perjanjian yang telah Aku buat dengan nenek moyang mereka, pada hari Aku memegang tangan mereka untuk memimpin mereka keluar dari Mesir.+ Oleh sebab mereka tidak setia kepada perjanjian-Ku, Aku tidak lagi mempedulikan mereka,’ firman Yehuwa.* 10  “‘Selepas masa itu, Aku akan membuat perjanjian ini dengan keturunan Israel,’ firman Yehuwa.* ‘Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya pada hati mereka.+ Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.+ 11  “‘Tidak ada seorang pun yang akan mengajar orang yang sebangsa dengannya dan saudara-saudaranya sendiri dengan berkata, “Kenalilah Yehuwa!”* Hal ini demikian kerana mereka semua akan mengenal Aku, daripada orang yang paling kecil sehingga orang yang paling besar. 12  Aku akan mengampunkan perbuatan jahat mereka, dan Aku tidak akan mengingat dosa-dosa mereka lagi.’”+ 13  Oleh sebab Tuhan berfirman tentang “perjanjian yang baharu,” Dia menjadikan perjanjian yang sebelumnya itu usang.+ Maka perjanjian yang usang dan lama itu akan segera lenyap.+

Nota Kaki