Imamat 15:1-33

  • Lelehan yang menyebabkan seseorang najis (1-33)

15  Yehuwa berfirman kepada Musa dan Harun,  “Beritahulah umat Israel, ‘Jika ada lelehan yang keluar daripada kemaluan seorang lelaki, lelehan itu akan menyebabkannya menjadi najis.+  Sama ada kemaluannya mengeluarkan lelehan atau tersumbat kerana lelehan itu, lelaki itu masih najis.  “‘Katil lelaki itu akan menjadi najis dan tempat duduknya juga akan menjadi najis.  Sesiapa yang menyentuh katil lelaki itu mesti mandi dan mencuci pakaiannya. Dia akan dianggap najis sehingga matahari terbenam.+  Sesiapa yang duduk di atas apa sahaja yang sudah diduduki oleh lelaki itu mesti mandi dan mencuci pakaiannya. Dia akan dianggap najis sehingga matahari terbenam.  Sesiapa yang menyentuh lelaki yang mengeluarkan lelehan itu mesti mandi dan mencuci pakaiannya. Dia akan dianggap najis sehingga matahari terbenam.  Jika lelaki itu meludahi seseorang yang tahir, orang yang tahir itu mesti mandi dan mencuci pakaiannya. Dia akan dianggap najis sehingga matahari terbenam.  Pelana yang diduduki oleh lelaki yang mengeluarkan lelehan itu akan menjadi najis. 10  Sesiapa yang menyentuh apa sahaja yang diduduki oleh lelaki itu akan dianggap najis sehingga matahari terbenam. Sesiapa yang mengangkat benda-benda itu mesti mandi dan mencuci pakaiannya. Dia akan dianggap najis sehingga matahari terbenam. 11  Jika lelaki yang mengeluarkan lelehan+ itu tidak mencuci tangannya lalu menyentuh orang lain, orang yang disentuh itu mesti mandi dan mencuci pakaiannya. Dia akan dianggap najis sehingga matahari terbenam. 12  Bekas tanah liat yang disentuh oleh lelaki yang mengeluarkan lelehan itu mesti dipecahkan, dan bekas daripada kayu mesti dicuci dengan air.+ 13  “‘Jika lelehan itu berhenti, lelaki itu mesti mandi dengan air bersih dan mencuci pakaiannya selepas tujuh hari untuk menyucikan dirinya. Dengan itu dia akan menjadi tahir.+ 14  Pada hari kelapan, lelaki itu harus membawa dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati muda+ kepada imam. Dia harus membawa burung itu ke hadapan Yehuwa di depan pintu masuk khemah pertemuan. 15  Imam akan mempersembahkan seekor daripada burung itu sebagai korban dosa dan seekor lagi sebagai korban bakar bagi kenajisan lelaki itu. Dengan cara ini, imam akan memohon pengampunan dosa bagi pihak lelaki itu di hadapan Yehuwa. 16  “‘Jika ada mani yang keluar daripada seorang lelaki, dia mesti membasuh seluruh tubuhnya dan akan dianggap najis sehingga matahari terbenam.+ 17  Dia mesti mencuci apa sahaja yang dibuat daripada kain atau kulit yang terkena mani, dan benda itu akan dianggap najis sehingga matahari terbenam. 18  “‘Jika seorang lelaki bersetubuh dengan wanita dan mengeluarkan mani, mereka mesti mandi, dan mereka akan dianggap najis sehingga matahari terbenam.+ 19  “‘Jika seorang wanita datang haid, dia akan tetap najis selama tujuh hari kerana haidnya itu.+ Sesiapa yang menyentuh wanita itu juga akan dianggap najis sehingga matahari terbenam.+ 20  Apa sahaja yang diduduki atau ditiduri oleh wanita yang datang haid itu akan menjadi najis.+ 21  Sesiapa yang menyentuh katil wanita itu mesti mandi dan mencuci pakaiannya. Dia akan dianggap najis sehingga matahari terbenam. 22  Sesiapa yang menyentuh apa sahaja yang sudah diduduki oleh wanita itu mesti mandi dan mencuci pakaiannya. Dia akan dianggap najis sehingga matahari terbenam. 23  Jika wanita itu duduk di atas katil atau atas apa-apa sahaja, orang yang menyentuh benda itu akan dianggap najis sehingga matahari terbenam.+ 24  Jika seorang wanita itu datang haid semasa bersetubuh dengan seorang lelaki,+ lelaki itu akan dianggap najis selama tujuh hari. Setiap tempat yang ditiduri lelaki itu juga akan menjadi najis. 25  “‘Jika seorang wanita mengalami pendarahan selama beberapa hari+ di luar masa haidnya,+ atau jika pendarahannya berterusan sesudah masa haidnya yang biasa, dia akan dianggap najis selama pendarahan itu, seperti pada masa dia datang haid. 26  Apa sahaja yang ditiduri atau diduduki oleh wanita yang sedang mengalami pendarahan itu akan menjadi najis, seperti pada masa dia datang haid.+ 27  Sesiapa yang menyentuh benda-benda itu mesti mandi dan mencuci pakaiannya. Dia akan dianggap najis sehingga matahari terbenam.+ 28  “‘Tetapi jika pendarahan itu berhenti, wanita itu mesti menunggu selama tujuh hari, barulah dia akan menjadi tahir.+ 29  Pada hari kelapan, wanita itu harus membawa dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati muda+ kepada imam di hadapan pintu masuk khemah pertemuan.+ 30  Imam akan mempersembahkan seekor daripada burung itu sebagai korban dosa dan seekor lagi sebagai korban bakar bagi kenajisan wanita itu. Dengan cara ini, imam akan memohon pengampunan bagi pihak wanita itu di hadapan Yehuwa.+ 31  “‘Kamu mesti memastikan umat Israel tetap suci supaya mereka tidak mencemari khemah suci-Ku yang berada di tengah-tengah mereka. Umat Israel akan mati jika mereka mencemari khemah suci-Ku dengan kenajisan mereka.+ 32  “‘Demikianlah peraturan mengenai lelaki yang mengeluarkan lelehan, lelaki yang menjadi najis kerana mengeluarkan mani,+ 33  wanita yang datang haid,+ lelaki atau wanita yang mengeluarkan lelehan daripada kemaluannya,+ dan lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang dianggap najis.’”

Nota Kaki