Imamat 20:1-27

  • Menyembah Molekh; mencari bomoh (1-6)

  • Tetap suci dan hormati ibu bapa (7-9)

  • Perbuatan seks tidak bermoral, hukuman mati (10-21)

  • Tetap suci agar tidak diusir (22-26)

  • Bomoh atau tukang tilik mesti dihukum mati (27)

20  Yehuwa berfirman lagi kepada Musa,  “Beritahulah umat Israel, ‘Sesiapa antara kamu atau orang asing yang tinggal dalam kalangan kamu, yang mempersembahkan anaknya kepada Dewa Molekh, mesti dihukum mati.+ Semua orang mesti merejamnya sampai mati.  Aku menolak orang itu kerana dia mempersembahkan anaknya kepada Molekh. Perbuatannya itu mencemari tempat suci-Ku+ dan menghina nama suci-Ku. Maka dia harus dihukum mati.  Jika semua orang melihat orang itu mempersembahkan anaknya kepada Molekh, tetapi mereka sengaja menutup mata terhadap perbuatannya dan tidak menjatuhkan hukuman mati kepadanya,+  Aku sendiri akan menolak orang itu dan keluarganya.+ Aku akan menghukum mati orang itu bersama dengan semua orang yang tidak setia kepada-Ku, iaitu mereka yang telah mengikutnya untuk menyembah Molekh.  “‘Sesiapa yang meminta nasihat daripada bomoh+ atau tukang tilik+ telah berlaku curang terhadap-Ku. Aku akan menolak dan menghukum mati orang itu.+  “‘Kamu mesti tetap bersih dan suci,+ kerana Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.  Patuhilah segala perintah-Ku,+ kerana Aku, Yehuwa, memilih kamu sebagai umat-Ku yang suci.+  “‘Sesiapa yang mengutuk bapanya atau ibunya mesti dihukum mati.+ Dia harus mati kerana dosanya sendiri. 10  “‘Jika seorang lelaki berzina dengan isteri orang lain, kedua-dua orang yang berzina itu mesti dihukum mati.+ 11  Jika seorang lelaki meniduri isteri bapanya, dia telah menghina bapanya.+ Lelaki dan wanita itu mesti dihukum mati. Mereka harus mati kerana dosa mereka sendiri. 12  Jika seorang lelaki meniduri menantu perempuannya, lelaki dan perempuan itu mesti dihukum mati. Perbuatan mereka itu melanggar hukum alam. Mereka harus mati kerana dosa mereka sendiri.+ 13  “‘Jika seorang lelaki meniduri lelaki lain sama seperti dia meniduri seorang wanita, kedua-dua lelaki itu mesti dihukum mati. Perbuatan mereka itu sangat menjijikkan.+ Mereka harus mati kerana dosa mereka sendiri. 14  “‘Jika seorang lelaki mengahwini seorang wanita lalu bersetubuh dengan ibu wanita itu,+ mereka semua harus dihukum mati lalu dibakar dengan api.*+ Dengan demikian, perbuatan yang memalukan itu tidak lagi diamalkan dalam kalangan kamu. Sesungguhnya, perbuatan itu sangat memalukan. 15  “‘Jika seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan binatang, lelaki itu mesti dihukum mati dan binatang itu mesti dibunuh.+ 16  Jika seorang wanita melakukan hubungan seks dengan binatang,+ wanita itu mesti dihukum mati dan binatang itu mesti dibunuh. Lelaki dan wanita itu harus mati kerana dosa mereka sendiri. 17  “‘Jika seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan saudara perempuannya, sama ada anak perempuan bapanya atau anak perempuan ibunya, lelaki dan perempuan itu mesti dihukum mati di hadapan umat Israel. Perbuatan mereka itu sangat memalukan.+ Lelaki itu telah melihat saudara perempuannya dalam keadaan yang telanjang. Dia harus mati kerana dosanya sendiri. 18  “‘Jika seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan wanita yang datang haid, lelaki dan wanita itu mesti dihukum mati. Perbuatan mereka itu menunjukkan bahawa mereka tidak menganggap darah sebagai sesuatu yang suci.+ 19  “‘Jika seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan saudara perempuan ibunya atau saudara perempuan bapanya, lelaki dan perempuan itu mesti dihukum mati. Perbuatan mereka itu menghina saudara-mara mereka sendiri.+ Mereka harus mati kerana dosa mereka sendiri. 20  Jika seorang lelaki meniduri isteri bapa saudaranya, dia telah menghina bapa saudaranya.+ Lelaki dan wanita itu mesti dihukum mati. Mereka berdua tidak akan mendapat anak. Mereka harus mati kerana dosa mereka sendiri. 21  Jika seorang lelaki merampas isteri saudara lelakinya, dia telah menghina saudara lelakinya. Lelaki dan wanita itu mesti dihukum mati. Mereka berdua tidak akan mendapat anak. Perbuatan mereka itu sangat keji.+ 22  “‘Patuhilah+ semua perintah-Ku dan turutilah semua ketetapan-Ku.+ Dengan demikian, Aku tidak akan mengusir kamu dari tanah itu,+ tempat Aku sedang membawa kamu. 23  Jangan ikut amalan-amalan bangsa lain. Aku membenci mereka+ kerana mereka melakukan semua perkara tersebut. Itulah sebabnya Aku akan mengusir mereka dari hadapan kamu.+ 24  Aku telah berfirman kepada kamu, “Aku akan memberikan tanah mereka kepada kamu. Tanah yang melimpah dengan susu dan madu+ itu akan menjadi milik kamu. Akulah Yehuwa, Tuhan kamu, yang telah memisahkan kamu daripada bangsa-bangsa lain.”+ 25  Kamu mesti tahu membezakan binatang dan burung yang haram daripada yang tidak haram.+ Jangan menajiskan diri dengan memakan binatang atau burung atau apa-apa yang merayap atau menjalar, yang telah Aku nyatakan sebagai haram.+ 26  Kamu mesti tetap suci di hadapan Aku, kerana Aku suci.+ Akulah Yehuwa, yang telah memisahkan kamu daripada bangsa-bangsa lain untuk menjadi umat-Ku.+ 27  “‘Setiap lelaki atau wanita yang menjadi bomoh atau tukang tilik mesti dihukum mati.+ Semua orang mesti merejam orang itu sampai mati. Orang itu harus mati kerana dosanya sendiri.’”

Nota Kaki

Mungkin kerana perbuatan yang memalukan itu dilakukan atas persetujuan kedua-dua wanita tersebut.