Imamat 21:1-24
21 Yehuwa berfirman kepada Musa, “Beritahulah para imam, iaitu anak-anak lelaki Harun, ‘Seorang imam tidak boleh menajiskan diri dengan menghampiri orang sebangsanya yang sudah mati,*+
2 kecuali jika orang yang mati itu ialah saudara dekatnya, iaitu sama ada ibu, bapa, anak lelaki, anak perempuan, saudara lelaki,
3 atau saudara perempuannya yang masih dara dan belum berkahwin serta tinggal serumah dengannya.
4 Seorang imam tidak boleh menajiskan diri dan mencemari diri dengan menghampiri mayat saudara perempuannya yang telah berkahwin dengan orang sebangsanya.
5 Imam tidak boleh membotakkan kepalanya+ atau menggunting bahagian hujung janggutnya atau melukai tubuhnya.*+
6 Imam harus suci di hadapan-Ku+ dan mereka tidak boleh menghina nama-Ku.+ Mereka harus suci+ kerana mereka mempersembahkan roti sebagai korban yang dibakar untuk-Ku. Akulah Yehuwa, Tuhan mereka.
7 Imam tidak boleh mengahwini seorang pelacur+ atau wanita yang bukan dara lagi atau wanita yang sudah bercerai.+ Hal ini demikian kerana imam harus suci di hadapan-Ku.
8 Para imam harus dianggap suci oleh umat Israel+ kerana merekalah yang mempersembahkan roti sebagai korban kepada-Ku. Ya, para imam harus dianggap suci kerana Aku suci. Akulah Yehuwa, yang telah menjadikan kamu umat yang suci.+
9 “‘Jika anak perempuan seorang imam mencemari dirinya dengan menjadi pelacur, dia harus dihukum mati lalu dibakar.+ Perbuatannya itu menghina bapanya.
10 “‘Imam agung yang dilantik dalam kalangan saudaranya sudah diurapi dengan minyak suci+ dan telah mengenakan pakaian suci.+ Maka dia tidak boleh membiarkan rambutnya kusut atau mengoyakkan jubahnya.+
11 Imam agung tidak boleh menajiskan diri dengan menghampiri mayat sesiapa pun,+ meskipun orang yang mati itu ibu atau bapanya sendiri.
12 Dia tidak boleh keluar dari tempat suci dan dia tidak boleh mencemari khemah suci-Ku.+ Hal ini demikian kerana minyak suci+ yang melambangkan pembaktiannya kepada-Ku ada padanya. Akulah Yehuwa.
13 “‘Imam agung harus mengahwini seorang wanita yang masih dara.+
14 Imam agung tidak boleh mengahwini seorang balu atau wanita yang sudah bercerai atau wanita yang bukan dara lagi atau seorang pelacur. Dia hanya boleh mengahwini seorang anak dara dalam kalangan orang sebangsanya.
15 Dengan itu, anak-anaknya tidak akan mendapat malu dalam kalangan orang sebangsanya.+ Akulah Yehuwa, yang telah menjadikannya suci.’”
16 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa,
17 “Beritahulah Harun, ‘Sesiapa daripada keturunanmu yang mempunyai kecacatan tidak boleh mempersembahkan roti sebagai korban kepada-Ku.
18 Orang yang mempunyai kecacatan seperti berikut tidak boleh mempersembahkan korban: Orang buta, orang tempang, orang yang mempunyai kecacatan pada mukanya, orang yang tangannya tidak sama panjang, orang yang kakinya tidak sama panjang,
19 orang yang tangan atau kakinya patah,
20 orang yang bongkok, orang yang kerdil,* orang yang berpenyakit mata, orang yang kulitnya berkudis atau berkurap, atau orang yang buah zakarnya bermasalah.+
21 Setiap keturunan Imam Harun yang mempunyai kecacatan tidak boleh mempersembahkan korban yang dibakar untuk-Ku. Dia tidak boleh menghadap Aku, Yehuwa, untuk mempersembahkan roti sebagai korban kerana dia mempunyai kecacatan.
22 Tetapi dia boleh makan makanan yang dipersembahkan kepada Aku, sama ada yang suci+ atau yang sangat suci.+
23 Namun dia tidak boleh menghampiri tirai+ atau mazbah+ kerana dia mempunyai kecacatan. Dia tidak boleh mencemari khemah suci-Ku.+ Akulah Yehuwa, yang telah menjadikan mereka suci.’”+
24 Musa pun menyampaikan semua perintah itu kepada Harun dan anak-anak lelakinya serta semua orang Israel.