Imamat 9:1-24

  • Harun mempersembahkan korban untuk upacara pelantikan (1-24)

9  Pada hari kelapan,+ Musa memanggil Harun dan anak-anak lelakinya serta para pemimpin umat Israel.  Musa berkata kepada Harun, “Ambillah bagi dirimu seekor anak lembu untuk korban dosa+ dan seekor bebiri jantan untuk korban bakar. Persembahkanlah binatang-binatang yang tidak ada kecacatan itu di hadapan Yehuwa.  Beritahulah umat Israel, ‘Ambillah seekor kambing jantan untuk korban dosa. Ambillah juga seekor anak lembu dan seekor bebiri jantan muda untuk korban bakar. Kedua-dua binatang itu haruslah berumur satu tahun dan tidak ada kecacatan.  Selain itu, ambillah seekor lembu jantan dan seekor bebiri jantan untuk korban pendamaian.+ Persembahkanlah semua binatang itu kepada Yehuwa. Kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin+ yang dicampuri minyak kepada Yehuwa. Lakukanlah semua ini kerana Dia akan menampakkan diri kepada kamu pada hari ini.’”+  Maka mereka membawa semua yang sudah diperintahkan oleh Musa ke hadapan khemah pertemuan. Kemudian seluruh umat Israel berkumpul di hadapan Yehuwa,  lalu Musa berkata, “Yehuwa memerintahkan kamu untuk melakukan semua ini, kerana Yehuwa akan menunjukkan kemuliaan-Nya kepada kamu.”+  Musa berkata kepada Harun, “Pergilah ke mazbah lalu persembahkan korban dosa+ dan korban bakar untuk memohon pengampunan dosa bagi pihak kamu+ dan keluarga kamu. Persembahkanlah juga korban untuk umat Israel+ dan mohonlah pengampunan dosa bagi pihak mereka,+ seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa.”  Harun segera pergi ke mazbah dan menyembelih anak lembu untuk korban dosa bagi dirinya sendiri.+  Kemudian anak-anak lelaki Harun membawa darah+ lembu itu kepadanya. Harun mencelup jarinya ke dalam darah itu lalu menyapukannya pada tanduk-tanduk mazbah. Dia menuangkan darah yang selebihnya di bahagian bawah mazbah.+ 10  Selepas itu Harun membakar ginjal dan semua lemak di atas mazbah, termasuk lemak yang ada pada hati anak lembu untuk korban dosa itu, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa.+ 11  Tetapi dia membakar daging dan kulit anak lembu itu di luar perkhemahan.+ 12  Kemudian Harun menyembelih binatang untuk korban bakar. Anak-anak lelaki Harun membawa darah binatang itu kepadanya dan Harun memercikkan darah itu pada setiap sisi mazbah.+ 13  Anak-anak Harun memberikan kepala dan bahagian-bahagian lain binatang itu kepada Harun, lalu Harun membakar semuanya sehingga asap naik dari mazbah. 14  Kemudian Harun mencuci usus dan betis binatang itu dan membakarnya bersama korban bakar itu sehingga asap naik dari mazbah. 15  Selepas itu Harun mempersembahkan kambing untuk korban dosa bagi pihak umat Israel. Dia menyembelih kambing itu dan mempersembahkannya dengan cara yang sama seperti korban dosa yang pertama. 16  Harun juga mempersembahkan korban bakar mengikut peraturan yang telah ditetapkan.+ 17  Kemudian Harun mempersembahkan korban bijirin.+ Dia mengambil segenggam daripada korban bijirin itu lalu membakarnya sehingga asap naik dari mazbah. Dia mempersembahkan korban itu sebagai tambahan kepada korban bakar yang dipersembahkan pada waktu pagi.+ 18  Setelah itu, Harun menyembelih lembu jantan dan bebiri jantan untuk dipersembahkan sebagai korban pendamaian bagi pihak umat Israel. Anak-anak lelaki Harun membawa darah binatang-binatang itu kepadanya dan Harun memercikkan darah itu pada setiap sisi mazbah.+ 19  Kemudian anak-anak Harun mengambil lemak lembu itu+ dan ekor bebiri itu yang berlemak. Mereka juga mengambil ginjal, lemak yang meliputi organ dalaman, dan lemak yang ada pada hati kedua-dua binatang itu.+ 20  Mereka meletakkan semua lemak di atas dada binatang-binatang tersebut. Selepas itu Harun mengambil lemak itu lalu membakarnya sehingga asap naik dari mazbah.+ 21  Tetapi dada dan kaki kanan binatang itu pula diayunkannya ke depan dan belakang sebagai korban kepada Yehuwa, sebagaimana yang diperintahkan oleh Musa.+ 22  Harun mempersembahkan korban dosa, korban bakar, dan korban pendamaian, lalu mengangkat tangannya ke arah umat Israel untuk memberkati mereka.+ Selepas itu, dia pun turun. 23  Kemudian Musa dan Harun masuk ke dalam khemah pertemuan. Setelah mereka keluar, mereka memberkati umat Israel.+ Pada masa itu, Yehuwa menunjukkan kemuliaan-Nya kepada umat Israel.+ 24  Yehuwa menurunkan api,+ lalu api itu membakar semua lemak dan korban bakar di atas mazbah. Apabila orang Israel melihat hal itu, mereka bersorak-sorak lalu sujud ke tanah.+

Nota Kaki