Kejadian 36:1-43

  • Keturunan Esau (1-30)

  • Raja-raja dan ketua-ketua suku Edom (31-43)

36  Inilah senarai keturunan Esau, yang juga disebut Edom.+  Gadis-gadis Kanaan yang dikahwini Esau ialah Adah+ dan Oholibama. Adah ialah anak Elon, orang Het.+ Oholibama+ ialah anak Anah, cucu Zibeon, orang Hewi.  Esau juga mengahwini Basmat+ anak perempuan Ismael, adik Nebayot.+  Adah melahirkan Elifas, dan Basmat melahirkan Rehuel.  Oholibama melahirkan Yeus, Yalam, dan Korah.+ Merekalah anak-anak lelaki Esau yang dilahirkan di negeri Kanaan.  Kemudian Esau membawa semua isterinya, anak-anaknya, dan semua anggota rumah tangganya, lalu meninggalkan adiknya Yakub dan berpindah ke negeri lain. Dia juga membawa semua binatang dan harta yang diperolehnya di negeri Kanaan.+  Mereka berpisah kerana harta milik mereka terlalu banyak, dan negeri yang didiami mereka itu* tidak cukup luas untuk ternakan mereka.  Maka Esau mula menetap di kawasan pergunungan Seir.+ Esau juga dipanggil Edom.+  Inilah keturunan Esau, nenek moyang kepada orang Edom di kawasan pergunungan Seir.+ 10  Inilah nama anak-anak lelaki Esau: Elifas ialah anak Adah, isteri Esau; Rehuel ialah anak Basmat, isteri Esau.+ 11  Anak-anak lelaki Elifas ialah Teman,+ Omar, Zefo, Gatam, dan Kenas.+ 12  Anak Esau yang bernama Elifas mempunyai seorang gundik yang bernama Timna. Timna melahirkan Amalek+ bagi Elifas. Merekalah anak cucu Adah, iaitu isteri Esau. 13  Anak-anak lelaki Rehuel ialah Nahat, Zerah, Shama, dan Miza. Merekalah anak cucu Basmat,+ iaitu isteri Esau. 14  Isteri Esau yang bernama Oholibama, iaitu anak Anah, cucu Zibeon, melahirkan anak-anak lelaki yang bernama Yeus, Yalam, dan Korah bagi Esau. 15  Inilah ketua-ketua suku keturunan Esau:+ Ketua-ketua suku yang merupakan anak-anak lelaki Elifas, anak sulung Esau, adalah seperti berikut: Teman, Omar, Zefo, Kenas,+ 16  Korah, Gatam, dan Amalek. Mereka ialah ketua-ketua suku di negeri Edom. Mereka semua keturunan Elifas+ dan merupakan anak cucu Adah. 17  Inilah anak-anak lelaki Rehuel, iaitu anak Esau: Nahat, Zerah, Shama, dan Miza. Mereka ialah ketua-ketua suku di negeri Edom.+ Mereka semua keturunan Rehuel dan merupakan anak cucu Basmat, iaitu isteri Esau. 18  Inilah anak-anak lelaki Oholibama, iaitu isteri Esau: Yeus, Yalam, dan Korah. Mereka ialah ketua-ketua suku keturunan Oholibama anak Anah, iaitu isteri Esau. 19  Mereka semua ialah keturunan Esau, dan ketua suku masing-masing. Esau juga dipanggil Edom.+ 20  Inilah anak-anak lelaki Seir, iaitu orang Hori yang merupakan penduduk tempatan di situ:+ Lotan, Shobal, Zibeon, Anah,+ 21  Disyon, Ezer, dan Disyan.+ Merekalah ketua-ketua suku orang Hori, iaitu keturunan Seir di negeri Edom. 22  Anak-anak lelaki Lotan ialah Hori dan Hemam. Timna ialah saudara perempuan Lotan.+ 23  Anak-anak lelaki Shobal ialah Alwan, Manahat, Ebal, Shefo, dan Onam. 24  Anak-anak lelaki Zibeon+ ialah Aya dan Anah. Anah inilah yang menemui mata air panas di padang belantara semasa menjaga keldai-keldai kepunyaan bapanya Zibeon. 25  Anak lelaki Anah ialah Disyon, dan anak perempuan Anah ialah Oholibama. 26  Anak-anak lelaki Disyon ialah Hemdan, Esban, Yitran, dan Keran.+ 27  Anak-anak lelaki Ezer ialah Bilhan, Zaawan, dan Akan. 28  Anak-anak lelaki Disyan ialah Uz dan Aran.+ 29  Inilah ketua-ketua suku keturunan orang Hori: Lotan, Shobal, Zibeon, Anah, 30  Disyon, Ezer, dan Disyan.+ Merekalah ketua-ketua suku orang Hori yang tinggal di Seir. 31  Inilah raja-raja yang memerintah di negeri Edom+ sebelum ada raja yang memerintah orang Israel:+ 32  Bela anak Beor memerintah di Edom, dan kotanya dipanggil Dinhaba. 33  Setelah kematian Bela, Yobab anak Zerah dari Bozra menggantikannya sebagai raja. 34  Setelah kematian Yobab, Husham dari negeri orang Teman menggantikannya sebagai raja. 35  Setelah kematian Husham, Hadad anak Bedad, yang mengalahkan orang Midian+ di kawasan Moab, menggantikannya sebagai raja, dan kotanya dipanggil Awit. 36  Setelah kematian Hadad, Samla dari Masreka menggantikannya sebagai raja. 37  Setelah kematian Samla, Shaul dari Rehobot, yang terletak berhampiran sungai, menggantikannya sebagai raja. 38  Setelah kematian Shaul, Baal-hanan anak Akhbor menggantikannya sebagai raja. 39  Setelah kematian Baal-hanan anak Akhbor, Hadar menggantikannya sebagai raja, dan kotanya dipanggil Pau. Isterinya bernama Mehetabel dan dia ialah anak perempuan Matred. Matred pula ialah anak perempuan Mezahab. 40  Inilah nama ketua-ketua suku keturunan Esau menurut keluarga dan daerah masing-masing: Timna, Alwa, Yetet,+ 41  Oholibama, Ela, Pinon, 42  Kenas, Teman, Mibzar, 43  Magdiel, dan Iram. Merekalah ketua-ketua suku keturunan Edom, dan daerah tempat tinggal setiap suku itu dinamakan menurut nama suku masing-masing.+ Esau ialah nenek moyang orang Edom.+

Nota Kaki

Atau “didiami mereka sebagai orang asing.”