Kejadian 5:1-32

  • Dari Adam sampai Nuh (1-32)

    • Adam mendapat anak-anak lain (4)

    • Henokh hidup akrab dengan Tuhan (21-24)

5  Inilah catatan tentang Adam. Semasa Tuhan menciptakan Adam, Dia menjadikan Adam menurut gambaran-Nya sendiri.+ 2  Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan.+ Semasa mereka diciptakan,+ Dia memberkati mereka dan memanggil mereka “Manusia.” 3  Ketika Adam berumur 130 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki yang mirip dengannya, lalu dia menamakan anak itu Set.+ 4  Selepas kelahiran Set, Adam juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 800 tahun lagi. 5  Jadi, Adam hidup selama 930 tahun, lalu dia meninggal.+ 6  Ketika Set berumur 105 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Enos.+ 7  Selepas kelahiran Enos, Set juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 807 tahun lagi. 8  Jadi, Set hidup selama 912 tahun, lalu dia meninggal. 9  Ketika Enos berumur 90 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Kenan. 10  Selepas kelahiran Kenan, Enos juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 815 tahun lagi. 11  Jadi, Enos hidup selama 905 tahun, lalu dia meninggal. 12  Ketika Kenan berumur 70 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Mahalalel.+ 13  Selepas kelahiran Mahalalel, Kenan juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 840 tahun lagi. 14  Jadi, Kenan hidup selama 910 tahun, lalu dia meninggal. 15  Ketika Mahalalel berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Yared.+ 16  Selepas kelahiran Yared, Mahalalel juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 830 tahun lagi. 17  Jadi, Mahalalel hidup selama 895 tahun, lalu dia meninggal. 18  Ketika Yared berumur 162 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Henokh.+ 19  Setelah kelahiran Henokh, Yared juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 800 tahun lagi. 20  Jadi, Yared hidup selama 962 tahun, lalu dia meninggal. 21  Ketika Henokh berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Metuselah.+ 22  Setelah kelahiran Metuselah, Henokh terus hidup akrab* dengan Tuhan yang benar. Dia juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 300 tahun lagi. 23  Jadi, Henokh hidup selama 365 tahun. 24  Henokh terus hidup akrab* dengan Tuhan yang benar.+ Kemudian tiada orang melihatnya lagi kerana Tuhan mengambilnya.+ 25  Ketika Metuselah berumur 187 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Lamekh.+ 26  Setelah kelahiran Lamekh, Metuselah juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 782 tahun lagi. 27  Jadi, Metuselah hidup selama 969 tahun, lalu dia meninggal. 28  Ketika Lamekh berumur 182 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki. 29  Dia menamakan anak itu Nuh,*+ dan berkata, “Kita sudah bekerja keras dan tangan kita sudah sakit kerana mengusahakan tanah yang dikutuk oleh Yehuwa.+ Anak inilah yang akan membawa kelegaan kepada kita.” 30  Setelah kelahiran Nuh, Lamekh juga mendapat anak-anak lain, dan dia hidup selama 595 tahun lagi. 31  Jadi, Lamekh hidup selama 777 tahun, lalu dia meninggal. 32  Selepas Nuh mencapai umur 500 tahun, anak-anak lelakinya, iaitu Sem,+ Ham,+ dan Yafet,+ dilahirkan.

Nota Kaki

Atau “terus berjalan.”
Atau “terus berjalan.”
Mungkin bermaksud “Rehat; Kelegaan.”