Keluaran 13:1-22

  • Setiap anak lelaki sulung milik Yehuwa (1, 2)

  • Perayaan Roti Tidak Beragi (3-10)

  • Setiap anak lelaki sulung dikhaskan untuk Tuhan (11-16)

  • Umat Israel menuju ke Laut Merah (17-20)

  • Tiang awan dan tiang api (21, 22)

13  Yehuwa berfirman kepada Musa, 2  “Khaskanlah setiap anak lelaki sulung dalam kalangan orang Israel untuk-Ku. Setiap anak lelaki sulung orang Israel, dan setiap anak jantan sulung ternakan mereka merupakan milik-Ku.”+ 3  Kemudian Musa berkata kepada orang Israel, “Ingatlah akan hari ini, iaitu hari kamu meninggalkan Mesir,+ tempat kamu diperhamba. Yehuwa telah membawa kamu keluar dengan tangan-Nya yang berkuasa.+ Maka kamu tidak boleh memakan apa-apa yang beragi. 4  Hari ini, dalam bulan Abib,*+ kamu meninggalkan Mesir. 5  Yehuwa telah berjanji kepada nenek moyang kamu untuk memberi kamu+ tanah orang Kanaan, Het, Amori, Hewi, dan Yebus.+ Selepas Tuhan membawa kamu ke tanah yang melimpah dengan susu dan madu itu,+ kamu harus menyambut perayaan ini pada bulan Abib setiap tahun. 6  Selama tujuh hari, kamu mesti memakan roti yang tidak beragi.+ Pada hari yang ketujuh, kamu harus mengadakan perayaan bagi Yehuwa. 7  Kamu harus memakan roti yang tidak beragi selama tujuh hari.+ Kamu tidak boleh memiliki ragi atau apa-apa yang beragi+ di seluruh negeri kamu. 8  Pada hari itu, kamu harus memberitahu anak kamu, ‘Aku melakukan semua ini untuk memperingati perkara-perkara baik yang dilakukan oleh Yehuwa untukku semasa aku meninggalkan Mesir.’+ 9  Perayaan ini akan menjadi seperti tanda pada tangan dan dahi kamu,+ yang akan mengingatkan kamu untuk mengisytiharkan hukum Yehuwa. Hal ini demikian kerana Yehuwa telah membawa kamu keluar dari Mesir dengan tangan-Nya yang berkuasa. 10  Patuhilah peraturan untuk menyambut perayaan ini pada masa yang ditetapkan setiap tahun.+ 11  “Yehuwa telah bersumpah kepada kamu dan nenek moyang kamu bahawa Dia akan memberikan tanah Kanaan kepada kamu.+ Apabila Dia membawa kamu ke tanah itu kelak, 12  kamu mesti mempersembahkan setiap anak lelaki sulung dan anak jantan sulung ternakan kamu kepada Yehuwa. Semua anak sulung milik Yehuwa.+ 13  Setiap anak sulung keldai harus ditebus dengan seekor biri-biri. Jika tidak, kamu harus mematahkan leher keldai itu. Setiap anak lelaki sulung kamu juga harus ditebus.+ 14  “Pada masa hadapan, jika anak kamu bertanya, ‘Apakah makna semua ini?’ kamu harus menjawab, ‘Dengan tangan-Nya yang berkuasa, Yehuwa telah membawa kita keluar dari Mesir, tempat kita diperhamba.+ 15  Apabila Firaun berdegil dan enggan membenarkan kita pergi,+ Yehuwa membunuh setiap anak sulung di Mesir, baik anak sulung manusia mahupun anak sulung ternakan.+ Itulah sebabnya kita mempersembahkan setiap anak sulung ternakan kepada Yehuwa dan menebus setiap anak sulung kita.’ 16  Perayaan ini akan menjadi seperti tanda pada tangan dan dahi kita,+ kerana Yehuwa telah membawa kita keluar dari Mesir dengan tangan-Nya yang berkuasa.” 17  Apabila Firaun membenarkan orang Israel pergi, Tuhan tidak memimpin mereka melalui jalan yang merentasi tanah orang Filistin, walaupun jalan itu lebih pendek. Hal ini demikian kerana Tuhan berfirman, “Umat ini mungkin akan mengubah fikiran dan ingin kembali ke Mesir apabila mereka terpaksa berperang.” 18  Maka Tuhan memimpin umat itu mengelilingi padang belantara lalu menuju ke Laut Merah.+ Orang Israel meninggalkan Mesir secara teratur seperti pasukan askar. 19  Musa telah membawa tulang-tulang Yusuf bersama, kerana Yusuf pernah menyuruh orang Israel bersumpah untuk berbuat demikian. Dia berkata, “Tuhan pasti akan memperhatikan kamu, dan kamu mesti membawa tulang-tulangku bersama kamu.”+ 20  Mereka berangkat dari Sukot lalu berkhemah di Etham, yang terletak di pinggir padang belantara. 21  Pada siang hari, Yehuwa berada di hadapan mereka dan memimpin mereka dengan tiang awan.+ Pada malam hari, Dia memimpin mereka dengan tiang api untuk memberikan cahaya kepada mereka. Dengan itu, mereka dapat meneruskan perjalanan pada waktu siang dan malam.+ 22  Tiang awan itu tetap berada di hadapan mereka pada siang hari, dan tiang api itu tetap berada di hadapan mereka pada malam hari.+

Nota Kaki