Keluaran 15:1-27
15 Selepas itu, Musa dan orang Israel menyanyikan lagu ini untuk memuji Yehuwa:+
“Aku hendak menyanyi untuk Yehuwa, kerana Dia telah meraih kemenangan yang cemerlang.+
Dia telah melemparkan kuda dan penunggangnya ke dalam laut.+
2 Yah* ialah kuasa dan kekuatanku, kerana Dialah Penyelamatku.+
Dialah Tuhanku, dan aku akan memuji-Nya;+ Dialah Tuhan yang disembah bapaku,+ dan aku akan memuliakan-Nya.+
3 Yehuwa ialah pahlawan yang perkasa.+ Yehuwalah nama-Nya.+
4 Dia telah melemparkan tentera Firaun dan semua kereta kudanya ke dalam laut.+Pahlawan Firaun yang terhebat pun tenggelam di dalam Laut Merah.+
5 Air laut yang bergelora menutupi mereka. Seperti batu, mereka tenggelam ke dasar laut.+
6 Ya Yehuwa, tangan kanan-Mu sangat berkuasa.+Ya Yehuwa, tangan kanan-Mu menghancurkan musuh.
7 Dengan keagungan-Mu yang hebat, Engkau menumpaskan mereka yang menentang-Mu.+Dengan kemurkaan-Mu yang bernyala-nyala, Engkau membakar mereka seperti jerami.
8 Dengan satu hembusan nafas-Mu, air laut pun menggunung tinggi.Airnya berdiri teguh bagaikan aliran air yang terbendung.Airnya yang bergelora membeku di jantung laut.
9 Musuh berkata, ‘Aku akan mengejar dan mengalahkan mereka!
Aku akan membahagi-bahagikan harta mereka sehingga puas!
Aku akan menghunus pedangku! Tanganku akan menghapuskan mereka!’+
10 Tetapi Engkau menghembuskan nafas-Mu, lalu laut menutupi mereka.+Seperti batu yang besar, mereka tenggelam ke dalam lautan yang luas.
11 Ya Yehuwa, tuhan-tuhan manakah yang seperti Engkau?+
Siapakah yang dapat menandingi kesucian-Mu+ yang agung?
Engkaulah Tuhan yang patut digeruni dan dipuji, Tuhan yang melakukan keajaiban.+
12 Engkau menghulurkan tangan kanan-Mu, lalu bumi menelan mereka.+
13 Engkau menunjukkan kasih-Mu yang setia dengan memimpin umat-Mu yang telah Engkau selamatkan.+Engkau menunjukkan kekuatan-Mu dengan memimpin mereka ke tempat kediaman-Mu yang suci.
14 Orang ramai yang mendengar+ pasti akan menggeletar ketakutan.Penduduk Filistia akan dicengkam perasaan cemas.
15 Pada masa itu para pemimpin Edom akan berasa takut.Pemerintah Moab yang gagah akan berasa gementar.+
Penduduk Kanaan akan patah semangat.+
16 Mereka dilanda rasa takut dan gentar.+
Mereka kaku seperti batu kerana tangan-Mu yang berkuasa,Sehingga umat-Mu telah lalu di kawasan mereka, ya Yehuwa,Sehingga umat-Mu yang Engkau bentuk+ lalu di kawasan mereka.+
17 Engkau akan memimpin dan menempatkan mereka di gunung milik-Mu,Tempat yang telah Engkau tetapkan untuk menjadi kediaman-Mu, ya Yehuwa,Tempat naungan yang telah Engkau bina, ya Yehuwa.
18 Yehuwa akan memerintah sebagai raja buat selama-lamanya.+
19 Apabila kereta kuda dan askar berkuda Firaun masuk ke dalam laut,+Yehuwa menutupi mereka dengan air laut,+Tetapi orang Israel menyeberangi laut di atas tanah yang kering.”+
20 Kemudian Miryam, seorang nabi wanita, iaitu kakak Harun, mengambil tamborinnya. Semua wanita juga turut mengambil tamborin mereka dan menari.
21 Miryam menyahut nyanyian kaum lelaki,
“Bernyanyilah untuk Yehuwa, kerana Dia telah meraih kemenangan yang cemerlang.+
Dia telah melemparkan kuda dan penunggangnya ke dalam laut.”+
22 Kemudian Musa memimpin orang Israel dari Laut Merah ke padang belantara Syur. Mereka berjalan di padang belantara itu selama tiga hari, tetapi mereka tidak menjumpai air.
23 Mereka tiba di Mara,*+ tetapi mereka tidak dapat meminum air yang ada di sana kerana airnya pahit. Itulah sebabnya Musa menamakan tempat itu Mara.
24 Maka mereka mula bersungut-sungut terhadap Musa+ dan berkata, “Apakah yang akan kami minum?”
25 Musa berseru kepada Yehuwa,+ lalu Yehuwa menunjukkan sebatang pokok kecil kepadanya. Apabila Musa mencampakkan pokok kecil itu ke dalam air, air itu menjadi manis.
Di sana Tuhan menetapkan hukum yang akan menjadi asas untuk menghakimi orang Israel. Dia berbuat demikian untuk menguji mereka.+
26 Tuhan berfirman, “Akulah Yehuwa, Tuhan kamu. Jika kamu sungguh-sungguh mentaati Aku dengan melakukan apa yang menyenangkan hati-Ku serta mematuhi semua hukum dan peraturan-Ku,+ wabak yang telah Aku timpakan kepada orang Mesir+ tidak akan menimpa kamu. Hal ini demikian kerana Akulah Yehuwa, Penyembuh kamu.”+
27 Kemudian mereka tiba di Elim. Di sana terdapat 12 buah mata air dan 70 batang pokok palma. Maka mereka berkhemah dekat air di sana.