Keluaran 37:1-29

  • Tabut perjanjian dibuat (1-9)

  • Meja (10-16)

  • Kaki pelita (17-24)

  • Mazbah kemenyan (25-29)

37  Bezaleel+ membuat tabut perjanjian+ daripada kayu akasia. Tabut itu berukuran kira-kira 111 sentimeter panjang, kira-kira 67 sentimeter lebar, dan kira-kira 67 sentimeter tinggi.*+ 2  Dia menyaluti bahagian dalam dan luar tabut itu dengan emas tulen. Dia juga membuat bingkai emas untuk menghiasi bahagian atasnya.+ 3  Kemudian dia membuat empat gelang emas dan memasangkan gelang itu dekat keempat-empat kaki tabut, iaitu dua gelang pada satu sisi dan dua gelang pada sisi sebelah. 4  Dia membuat kayu-kayu pengusung daripada kayu akasia dan menyalutinya dengan emas.+ 5  Selepas itu, dia memasukkan kayu pengusung tersebut ke dalam gelang pada kedua-dua sisi tabut agar tabut dapat diusung.+ 6  Dia membuat penutup tabut daripada emas tulen.+ Penutup tabut itu berukuran kira-kira 111 sentimeter panjang dan kira-kira 67 sentimeter lebar.+ 7  Kemudian dia membuat dua kerub+ daripada emas tempaan di kedua-dua hujung penutup tabut.+ 8  Dia menempatkan kerub-kerub itu pada kedua-dua hujung penutup, satu kerub pada setiap hujung penutup tabut. 9  Kerub-kerub itu saling berhadapan di atas penutup, dengan muka memandang ke bawah, ke arah penutup tabut.+ Kedua-dua sayap kerub terbentang untuk membayangi penutup tabut.+ 10  Dia membuat sebuah meja daripada kayu akasia.+ Meja itu berukuran 89 sentimeter panjang, 44.5 sentimeter lebar, dan kira-kira 67 sentimeter tinggi.*+ 11  Dia menyaluti meja itu dengan emas tulen dan memasangkan bingkai emas pada bahagian atasnya. 12  Kemudian dia membuat jalur selebar 7.4 sentimeter* di sekeliling meja dan menghiasi jalur itu dengan pinggiran emas. 13  Dia juga membuat empat gelang daripada emas dan memasangkan gelang-gelang itu pada keempat-empat sudut, iaitu pada keempat-empat kaki meja. 14  Gelang-gelang itu dipasang dekat jalur meja sebagai tempat untuk memasukkan kayu pengusung. 15  Selepas itu, dia membuat kayu-kayu pengusung daripada kayu akasia dan menyalutinya dengan emas. Kayu-kayu itu digunakan untuk mengusung meja. 16  Dia membuat pinggan dan cawan, dan juga kendi dan mangkuk untuk mencurahkan korban wain. Semua peralatan itu diperbuat daripada emas tulen.+ 17  Dia membuat kaki pelita+ daripada emas tulen yang ditempa. Kaki pelita itu mempunyai alas dan batang, dan cabang-cabang yang keluar daripada batang itu. Pada setiap cabang itu ada sepal, kuncup, dan kelopak bunga.+ 18  Ada enam cabang yang keluar daripada batang kaki pelita itu, iaitu tiga pada satu sisi dan tiga pada sisi sebelah. 19  Setiap cabang pada satu sisi mempunyai tiga sepal yang berbentuk bunga badam, tiga kuncup, dan tiga kelopak bunga. Semuanya disusun secara berselang-seli. Dia melakukan hal yang sama untuk setiap cabang yang ada pada sisi sebelah. Demikianlah keenam-enam cabang yang keluar daripada batang pelita itu. 20  Batang kaki pelita itu pula mempunyai empat sepal yang berbentuk bunga badam, empat kuncup, dan empat kelopak bunga. Semuanya disusun secara berselang-seli. 21  Ada satu kuncup di bawah pasangan cabang yang pertama, satu kuncup di bawah pasangan cabang yang kedua, dan satu kuncup lagi di bawah pasangan cabang yang ketiga. Demikianlah keenam-enam cabang yang keluar daripada batang pelita itu. 22  Kesemua kuncup dan cabang serta seluruh kaki pelita itu ditempa daripada seketul emas tulen. 23  Kemudian dia membuat tujuh buah pelita+ untuk kaki pelita itu. Dia juga membuat penyepit dan bekas perbaraan daripada emas tulen. 24  Kaki pelita itu dan semua peralatannya diperbuat daripada 34.2 kilogram* emas tulen. 25  Dia membuat sebuah mazbah daripada kayu akasia, sebagai tempat membakar kemenyan.+ Mazbah itu berbentuk segi empat, berukuran 44.5 sentimeter panjang, 44.5 sentimeter lebar, dan 89 sentimeter tinggi.* Dia juga membuat tanduk-tanduk yang menjadi sebahagian daripada mazbah.+ 26  Dia menyaluti seluruh mazbah itu dengan emas tulen, iaitu bahagian atas, semua sisi, dan tanduk-tanduknya. Kemudian dia memasang bingkai emas pada bahagian atasnya. 27  Di bawah bingkai, dia membuat gelang emas untuk menyangga kayu pengusung mazbah. Dia membuat dua gelang emas pada satu sisi mazbah dan dua gelang lagi pada sisi yang bertentangan dengannya. 28  Selepas itu, dia membuat kayu pengusung daripada kayu akasia dan menyaluti kayu-kayu itu dengan emas. 29  Dia juga membuat minyak suci+ dan kemenyan harum yang murni.+ Dia membuatnya sebagaimana seorang tukang yang mahir akan membuatnya.

Nota Kaki

Harfiah, “2.5 hasta panjang, 1.5 hasta lebar, dan 1.5 hasta tinggi.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “2 hasta panjang, 1 hasta lebar, dan 1.5 hasta tinggi.”
Harfiah, “1 tapak tangan.”
Harfiah, “1 talenta.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “1 hasta panjang, 1 hasta lebar, dan 2 hasta tinggi.”