Keluaran 40:1-38

  • Khemah suci didirikan (1-33)

  • Kemuliaan Yehuwa memenuhi khemah suci (34-38)

40  Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa,  “Pada hari pertama bulan pertama, engkau harus mendirikan khemah suci, iaitu khemah pertemuan.+  Letakkanlah tabut perjanjian di dalam khemah itu,+ lalu pasangkan tirai pemisah+ di hadapan tabut.  Bawalah meja+ ke dalam khemah dan susunlah segala yang terdapat di atasnya. Bawalah juga kaki pelita+ dan nyalakan pelita-pelitanya.+  Selepas itu, letakkanlah mazbah emas untuk membakar kemenyan+ di hadapan tabut perjanjian, dan gantungkan tabir untuk pintu masuk khemah suci.+  “Letakkanlah mazbah untuk korban bakar+ di hadapan pintu masuk khemah pertemuan.  Letakkanlah besen di antara khemah pertemuan dengan mazbah untuk korban bakar, lalu isikan besen itu dengan air.+  Pasangkan tirai di sekeliling halaman khemah,+ dan gantungkan tirai+ untuk pintu masuk halaman khemah.  Seterusnya, urapilah khemah suci dan segala yang ada di dalamnya dengan minyak suci+ untuk mentahbiskannya.+ Dengan demikian, khemah dan segala peralatannya akan menjadi suci. 10  Urapilah mazbah untuk korban bakar dan segala peralatannya dengan minyak suci untuk mentahbiskannya. Dengan demikian, mazbah itu akan menjadi suci sepenuhnya.+ 11  Urapilah juga besen berserta kakinya dengan minyak suci. 12  “Kemudian bawalah Harun dan anak-anak lelakinya ke hadapan pintu masuk khemah pertemuan, dan lakukanlah upacara pembasuhan bagi mereka.+ 13  Kenakanlah pakaian suci pada Harun+ dan urapinya dengan minyak.+ Dia harus disucikan supaya dapat berkhidmat sebagai imam kepada-Ku. 14  Selepas itu, bawalah anak-anak lelaki Harun ke hadapan dan kenakanlah jubah-jubah pada mereka.+ 15  Urapilah mereka sebagaimana engkau mengurapi bapa mereka+ supaya mereka dapat berkhidmat sebagai imam kepada-Ku. Dengan berbuat demikian, mereka dan keturunan mereka akan sentiasa berkhidmat sebagai imam kepada-Ku.”+ 16  Musa melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Yehuwa.+ Dia melakukan semuanya seperti yang diperintahkan. 17  Maka khemah suci didirikan+ pada hari pertama, bulan pertama, tahun yang kedua. 18  Beginilah caranya Musa mendirikan khemah suci: Dia memasangkan alas-alas tiang+ dan rangka-rangkanya,+ memasukkan kayu-kayu lintangnya,+ dan menegakkan tiang-tiangnya. 19  Dia membentangkan kain khemah+ di atas khemah suci dan meletakkan kain-kain penutup+ yang lain di atasnya, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya. 20  Musa mengambil dua keping batu tulis itu+ dan meletakkannya di dalam tabut perjanjian.+ Dia memasukkan kayu pengusung+ tabut ke dalam gelang-gelangnya dan menutup tabut itu dengan penutupnya.+ 21  Dia membawa tabut perjanjian ke dalam khemah suci dan menggantung tirai+ pemisah di hadapan tabut itu,+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya. 22  Kemudian Musa meletakkan meja+ di luar tirai pemisah, iaitu di bahagian utara khemah pertemuan. 23  Dia menyusun roti-roti yang dipersembahkan+ kepada Yehuwa di atas meja itu, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya. 24  Musa menempatkan kaki pelita+ di hadapan meja itu, iaitu di bahagian selatan khemah pertemuan. 25  Dia menyalakan pelita-pelita itu+ di hadapan Yehuwa, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya. 26  Musa meletakkan mazbah emas+ di hadapan tirai pemisah di dalam khemah pertemuan. 27  Dia berbuat demikian supaya Harun dapat membakar kemenyan+ di atas mazbah itu,+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya. 28  Selepas itu, dia menggantung tabir+ untuk pintu masuk khemah suci. 29  Musa meletakkan mazbah untuk korban bakar+ di hadapan pintu masuk khemah suci, iaitu di depan khemah pertemuan. Dengan demikian dia dapat mempersembahkan korban bakar+ dan korban bijirin di atasnya, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya. 30  Musa meletakkan besen di antara khemah pertemuan dengan mazbah, lalu mengisinya dengan air.+ 31  Musa, Harun, dan anak-anak lelaki Harun membasuh tangan dan kaki mereka di sana. 32  Setiap kali mereka* memasuki khemah pertemuan atau mendekati mazbah, mereka akan membasuh tangan dan kaki mereka,+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa. 33  Akhirnya, Musa memasang tirai untuk halaman+ di sekeliling khemah suci dan mazbah. Dia juga memasang tirai bagi pintu masuk halaman.+ Demikianlah Musa menyelesaikan segala pekerjaan itu. 34  Kemudian awan turun dan meliputi khemah pertemuan, dan cahaya kemuliaan Yehuwa memenuhi khemah suci itu.+ 35  Musa tidak dapat masuk ke dalam khemah pertemuan kerana awan meliputi khemah itu, dan kerana cahaya kemuliaan Yehuwa memenuhi khemah suci.+ 36  Setiap kali awan itu naik dari khemah suci, orang Israel akan memindahkan perkhemahan mereka ke tempat lain. Mereka berbuat demikian sepanjang perjalanan mereka di padang belantara.+ 37  Selagi awan itu tidak naik dari khemah, mereka tidak akan berpindah ke tempat yang lain.+ 38  Sepanjang perjalanan orang Israel di padang belantara, mereka dapat melihat awan Yehuwa di atas khemah suci pada siang hari, dan tiang api pada malam hari.+

Nota Kaki

Iaitu, Harun dan anak-anak lelakinya.