Kidung Agung 1:1-17

  • Nyanyian agung (1)

  • Gadis Shulam (2-7)

  • Gadis-gadis Yerusalem (8)

  • Raja (9-11)

    • “Kami akan membuat perhiasan emas” (11)

  • Gadis Shulam (12-14)

    • ‘Kekasihku bagaikan mur yang harum’ (13)

  • Gembala (15)

    • “Hai sayangku, kamu amat cantik”

  • Gadis Shulam (16, 17)

    • “Hai kekasihku, kamu amat kacak” (16)

1  Nyanyian agung yang ditulis oleh Salomo:+   “Ciumlah aku dengan bibirmu,Kerana ungkapan cintamu lebih nikmat daripada wain.+   Minyak wangimu harum semerbak,+ Dan namamu seperti minyak wangi yang dicurahkan.+ Itulah sebabnya gadis-gadis mencintaimu.   Bawalah aku pergi bersamamu, dan marilah kita lari dari sini, Kerana raja telah membawa aku ke tempat kediamannya. Marilah kita bersukacita dan bergembira bersama-sama. Marilah kita mengenang kembali ungkapan cintamu yang lebih manis daripada wain. Tidak hairanlah gadis-gadis mencintaimu.   Hai gadis-gadis Yerusalem, aku hitam tetapi menawan.Walaupun aku hitam seperti kain khemah Kedar,+ aku cantik seperti kain khemah+ Salomo.   Janganlah asyik memandang aku kerana aku hitam.Aku hitam kerana sinaran mentari. Saudara-saudaraku marah terhadap aku,Dan menyuruh aku menjaga ladang-ladang anggur. Tetapi ladang anggurku sendiri tidak terjaga.   Beritahulah aku, hai cinta hatiku,Di manakah kamu akan menggembala ternakan?+Di manakah ternakanmu akan berbaring pada tengah hari? Mengapakah aku harus memakai selubungDan mengembara di antara kawanan ternakan teman-temanmu?”   “Hai wanita yang paling jelita, jika kamu tidak tahu akan tempatnya,Ikutlah jejak kawanan ternakanDan gembalakanlah anak-anak kambingmu dekat perkhemahan para gembala.”   “Hai sayangku, kamu menawan bagaikan kuda betina yang menarik kereta kuda Firaun.*+ 10  Pipimu molek dengan perhiasan,Dan lehermu cantik dengan untaian manik-manik. 11  Kami akan membuat perhiasan emas untukmu,Perhiasan yang bertatahkan perak.” 12  “Semasa raja duduk di mejanya,Minyak wangiku+ menyerbakkan keharumannya. 13  Bagiku, kekasihku bagaikan sebungkus mur yang harum,+Dan dia akan berbaring di dadaku sepanjang malam. 14  Bagiku, kekasihku bagaikan serumpun bunga inai,+Yang tumbuh di ladang anggur di En-gedi.”+ 15  “Hai sayangku, kamu amat cantik, Kamu amat menawan. Matamu bagaikan mata burung merpati.”+ 16  “Hai kekasihku, kamu amat kacak dan menyenangkan.+ Dedaunan akan menjadi tempat perbaringan kita, 17  Kayu sedar akan menjadi bumbung rumah kita,Dan kayu juniper akan menjadi langit-langitnya.*

Nota Kaki

Gelaran bagi raja Mesir.
Atau “menjadi silingnya.”