Kidung Agung 2:1-17

  • Gadis Shulam (1)

    • “Aku hanyalah bunga liar”

  • Gembala (2)

    • ‘Sayangku seperti bunga bakung’

  • Gadis Shulam (3-14)

    • ‘Jangan bangkitkan cinta sebelum saatnya tiba’ (7)

    • Kata-kata gembala dipetik (10b-14)

      • “Pergilah bersamaku, hai jelitaku” (10b, 13)

  • Abang-abang gadis Shulam (15)

    • “Tangkaplah rubah untuk kami”

  • Gadis Shulam (16, 17)

    • “Kekasihku milikku, dan aku miliknya” (16)

2  “Aku hanyalah bunga liar* yang tumbuh di dataran.Aku hanyalah bunga bakung yang tumbuh di lembah gunung.”+   “Seperti bunga bakung antara semak berduri,Demikianlah sayangku antara gadis-gadis.”   “Seperti pokok epal antara pokok-pokok di hutan,Demikianlah kekasihku antara para teruna. Aku sangat ingin berteduh di bawah naungannyaDan menikmati buah-buahnya yang manis.   Dia membawa aku ke dewan pesta,Dan semua orang dapat melihat bahawa cintanya hanyalah untukku.   Segarkanlah aku dengan kismis+Dan kuatkanlah aku dengan epal,Kerana aku mabuk cinta.   Tangan kirinya menopang kepalaku,Dan tangan kanannya memeluk aku.+   Demi kijang+ dan rusa betina di padang,Bersumpahlah, hai gadis-gadis Yerusalem: Janganlah bangkitkan perasaan cinta dalam diriku sebelum saatnya tiba.+   Aku mendengar suara kekasihku! Lihatlah! Dia sedang datang kepadaku.Dia mendaki gunung dan berlari melintasi bukit.   Kekasihku seperti kijang; dia seperti anak rusa.+ Dia berdiri di belakang tembok,Sambil memandang melalui jendelaDan menatap melalui kekisi tingkap. 10  Kekasihku berkata kepadaku, ‘Bangunlah, hai sayangku.Pergilah bersamaku, hai jelitaku. 11  Lihatlah! Musim sejuk sudah berlalu, Dan hujan pun sudah berhenti. 12  Musim memangkas sudah tiba,+Bunga-bunga sudah mekar di desa,+Dan kicauan burung tekukur kedengaran di seluruh desa.+ 13  Buah sulung pokok ara sudah masak,+Dan bunga-bunga pokok anggur yang mekar semerbak baunya. Bangkitlah sayangku, datanglah ke mari. Pergilah bersamaku, hai jelitaku. 14  Hai merpatiku, keluarlah dari celah-celah batu,+Keluarlah dari tempat persembunyianmu di tebing batu.Biarlah aku melihat wajahmu dan mendengar suaramu,+Kerana suaramu merdu dan paras rupamu menawan.’”+ 15  “Tangkaplah rubah* untuk kami,Kerana pokok-pokok anggur kita sedang berbunga.Rubah-rubah kecil itu memusnahkan ladang anggur kita.” 16  “Kekasihku milikku, dan aku miliknya.+ Dia menggembala kawanan+ di antara bunga-bunga bakung.+ 17  Seperti kijang+ atau anak rusa+ di pergunungan yang memisahkan kita,Cepatlah kembali kepadaku, hai buah hatiku.Kembalilah sebelum angin bertiup lembut dan bayang-bayang menghilang.

Nota Kaki

Harfiah, “bunga safron.”
Sejenis binatang di negeri Israel yang menyerupai anjing.