Kidung Agung 3:1-11
3 “Malam demi malam, di atas katilku,Aku merindui kekasihku.+
Hatiku sedih kerana tidak berjumpa dengannya.+
2 Aku bangun dan mengelilingi kota,Aku pergi ke semua jalan dan dataran kotaUntuk mencari kekasihku.
Aku puas mencarinya tetapi tidak menjumpainya.
3 Para pengawal yang meronda kota menemui aku,+
Lalu aku bertanya, ‘Adakah kamu nampak kekasihku?’
4 Sebaik sahaja aku meninggalkan mereka,Aku menemui kekasihku.
Aku memegangnya dan tidak mahu melepaskannya.Aku membawanya ke tempat tinggal ibuku,+Ke rumah ibuku yang melahirkan aku.
5 Demi kijang dan rusa betina di padang,Bersumpahlah, hai gadis-gadis Yerusalem:
Janganlah bangkitkan perasaan cinta dalam diriku sebelum saatnya tiba.”+
6 “Siapakah yang datang dari padang belantara bagaikan kepulan asap?Harumnya seperti mur dan kemenyan putih.Ya, baunya seperti minyak wangi yang dijual oleh para pedagang.”+
7 “Lihatlah! Itulah tandu* Salomo.
Tandu itu dikelilingi 60 orang pahlawanDari antara lelaki-lelaki Israel yang perkasa.+
8 Semuanya memiliki pedang,Dan semuanya terlatih dalam perang.Masing-masing dengan pedangnya yang terikat pada pinggang.Semuanya bersedia untuk menghadapi serangan pada malam hari.”
9 “Itulah tandu Raja Salomo,Yang dibuat bagi dirinya daripada pokok-pokok yang diambil dari Lebanon.+
10 Tiang-tiangnya diperbuat daripada perakDan sandarannya daripada emas.
Tempat duduknya beralaskan kain bulu ungu,Dan bahagian dalamnya dihias dengan penuh kasihOleh gadis-gadis Yerusalem.”
11 “Hai gadis-gadis Sion, pergilahDan lihatlah Raja Salomo.Dia memakai mahkota* yang dibuat oleh ibunya+Pada hari perkahwinannya,Pada hari hatinya bersukacita.”