Kidung Agung 6:1-13

  • Gadis-gadis Yerusalem (1)

  • Gadis Shulam (2, 3)

    • “Kekasihku milikku, dan aku miliknya” (3)

  • Raja (4-10)

    • “Kamu secantik kota Tirza” (4)

    • Kata-kata para wanita dipetik (10)

  • Gadis Shulam (11, 12)

  • Raja (dan orang lain) (13a)

  • Gadis Shulam (13b)

  • Raja (dan orang lain) (13c)

6  “Hai wanita yang paling jelita,Di manakah kekasihmu? Ke manakah kekasihmu pergi? Marilah kita mencarinya bersama-sama.”   “Kekasihku telah pergi ke tamannya,Ke batas-batas pokok rempahnya.Dia menggembala kawanannya di padang yang indah,Sambil memetik bunga-bunga bakung.+   Kekasihku milikku,Dan aku miliknya.+ Dia menggembala kawanannya di antara bunga-bunga bakung.”+   “Hai sayangku,+ kamu secantik kota Tirza,+Dan seindah kota Yerusalem.+Kamu mempesonakan seperti bala tentera dengan panji-panji mereka.+   Palingkanlah pandanganmu+ daripadaku,Kerana pandanganmu membuat aku tidak keruan. Rambutmu bagaikan kawanan kambingYang menuruni pergunungan Gilead.+   Gigimu putih dan cantik seperti kawanan bebiri yang baru dicukurDan dimandikan oleh para gembala.Semuanya tersusun rapi dengan sempurna;Tiada satu pun yang hilang.   Di sebalik selubungmu, pipimu kelihatanSeperti belahan buah delima.   Biarpun aku mempunyai 60 orang permaisuriDan 80 orang gundikSerta gadis-gadis yang tidak terhitung banyaknya,+   Namun merpatiku,+ kamulah yang sempurna bagiku. Kamulah permata hati ibumu. Kamu murni di mata ibu yang melahirkanmu. Gadis-gadis yang melihatmu memujimu,Bahkan permaisuri dan gundik juga memuji-mujimu. 10  ‘Siapakah dia yang bersinar bagai fajar menyingsing,Yang indah bagaikan rembulan,Yang cerah bagaikan mentari,Dan yang mempesona bagaikan bala tentera dengan panji-panji mereka?’”+ 11  “Aku pergi ke kebun pokok kacang walnut,+Untuk melihat kuncup-kuncup baharu di lembah,*Untuk melihat sama ada pokok anggur sudah bertunas,Dan sama ada pokok delima sudah berbunga. 12  Sebelum aku menyedarinya,Keinginanku telah membawa akuKe tempat pengiring raja berkumpul.” 13  “Kembalilah, hai gadis Shulam! Kembalilah ke siniAgar kami dapat melihat kecantikanmu!” “Mengapa kamu ingin melihat gadis Shulam sepertiku?”+ “Kerana kamu bagaikan tarian Mahanaim.”*

Nota Kaki

Atau “wadi.”
Atau “tarian dua kumpulan.”