Kidung Agung 7:1-13

  • Raja (1-9a)

    • ‘Kamu sungguh menyenangkan’ (6)

  • Gadis Shulam (9b-13)

    • “Kekasihku milikku, dan akulah yang diingininya” (10)

7  “Alangkah indahnya kakimu dengan kasutmu,Hai gadis yang mulia! Bentuk pahamu cantik seperti perhiasan,Yang dihasilkan oleh tangan seniman yang mahir.   Pusatmu seperti cawan bulat, Yang tidak kehabisan wain. Perutmu seperti timbunan gandum,Yang dikelilingi bunga-bunga bakung.   Buah dadamu seperti dua anak rusa,Dan seperti kijang kembar.+   Lehermu+ seperti menara gading.+ Matamu+ seperti kolam air di Hesybon,+Dekat pintu gerbang Bat-rabim. Hidungmu seperti menara Lebanon,Yang menghadap ke Damsyik.   Kepalamu seperti Gunung Karmel,+Dan rambutmu+ seperti kain bulu ungu.+ Raja terpesona dengan kecantikan rambutmu yang mayang mengurai.   Kamu sungguh cantik dan menyenangkan, hai gadis yang dikasihi.Kamulah yang terunggul antara segala sesuatu yang disukai.   Tubuhmu langsing bagaikan pokok palma,Dan buah dadamu seperti gugusan buah kurma.+   Aku berkata, ‘Aku akan memanjat pokok palmaUntuk memperoleh buahnya.’ Buah dadamu seperti gugusan buah anggur,Dan nafasmu seharum buah epal.   Mulutmu seperti wain yang terbaik.” “Biarlah wain itu mengalir dengan lancar untuk kekasihku,Bagaikan ciuman yang lembut pada bibirnya. 10  Kekasihku milikku,+Dan akulah yang diingininya. 11  Marilah kekasihku,Marilah kita pergi ke desa;Marilah kita bermalam di antara rumpun-rumpun inai.+ 12  Marilah kita bangun awal dan pergi ke ladang anggur,Untuk melihat sama ada pokok anggur sudah bertunas,Sama ada bunga-bunganya sudah mekar,+Dan sama ada pokok delima sudah berbunga atau tidak.+ Di sana aku akan mengungkapkan cintaku kepadamu.+ 13  Buah dudaim*+ menyerbakkan keharumannya;Di pintu kita terdapat pelbagai buah yang terbaik,+ Yang sudah lama dan yang baru dipetik.Aku telah menyimpan semua itu untukmu, hai kekasihku.

Nota Kaki

Sejenis tanaman rempah yang menghasilkan buah; daripada famili ubi kentang.