Kisah 18:1-28

  • Paulus menginjil di Korintus (1-17)

  • Kembali ke Antiokhia, Siria (18-22)

  • Paulus bertolak ke Galatia dan Frigia (23)

  • Apolos dibantu (24-28)

18  Setelah itu, Paulus meninggalkan Atena dan pergi ke Korintus.  Di situ dia berjumpa dengan seorang lelaki Yahudi yang bernama Akwila,+ yang dilahirkan di Pontus. Akwila baru datang dari Italia bersama isterinya Priskila, kerana Klaudius telah memerintahkan semua orang Yahudi untuk meninggalkan Roma. Paulus melawat mereka  lalu tinggal di rumah mereka dan bekerja bersama mereka. Hal ini demikian kerana Akwila dan Priskila mempunyai pekerjaan yang sama dengannya,+ iaitu membuat khemah.  Setiap hari Sabat,+ Paulus akan menyampaikan ceramah* di dalam rumah ibadat+ untuk meyakinkan orang Yahudi dan orang Yunani supaya mempercayai perkhabarannya.  Apabila Silas+ dan Timotius+ tiba dari Makedonia, Paulus menggunakan seluruh masanya untuk mengkhabarkan firman Tuhan. Dia memberikan kesaksian kepada orang Yahudi untuk membuktikan bahawa Yesus ialah Kristus.+  Tetapi mereka terus menentang dan mencemuh Paulus. Oleh itu, Paulus mengebaskan pakaiannya+ dan berkata, “Aku tidak bertanggungjawab jika kamu tidak diselamatkan.+ Kamu sendirilah yang bertanggungjawab.+ Mulai sekarang, aku akan pergi kepada orang daripada bangsa lain.”+  Lalu Paulus beredar dari sana* dan pergi ke rumah seorang lelaki yang bernama Titius Yustus. Dia penyembah Tuhan dan rumahnya terletak bersebelahan rumah ibadat.  Krispus,+ ketua rumah ibadat itu, dan seluruh rumah tangganya percaya kepada Tuan Yesus. Banyak orang di Korintus yang mendengar berita baik juga mula percaya kepada Yesus lalu dibaptis.  Pada suatu malam dalam suatu penglihatan, Tuan Yesus berkata kepada Paulus, “Janganlah takut! Teruslah bercakap dan janganlah putus asa, 10  kerana aku menyertai kamu.+ Tiada sesiapa pun yang akan menyerang dan mencederakan kamu, kerana ramai orang di kota ini milik aku.” 11  Maka selama satu tahun setengah Paulus tinggal di situ dan mengajarkan firman Tuhan kepada orang ramai. 12  Semasa Galio menjadi gabenor daerah* Akhaya, orang Yahudi bersatu padu untuk menyerang Paulus dan membawanya ke tempat pengadilan. 13  Mereka berkata, “Lelaki ini mempengaruhi orang ramai supaya menyembah Tuhan dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang kami.” 14  Tetapi apabila Paulus hendak menjawab, Galio berkata kepada orang Yahudi, “Jika lelaki ini berbuat salah atau melakukan jenayah yang berat, memang patut aku mendengarkan kamu dengan sabar. 15  Namun jika hal ini merupakan perbalahan tentang kata-kata, gelaran, dan hukum kamu,+ kamu sendirilah yang harus menyelesaikannya. Aku tidak mahu mengadili perkara-perkara sebegini!” 16  Lalu Galio mengusir mereka dari tempat pengadilan itu. 17  Oleh itu, mereka menangkap Sostenes,+ ketua rumah ibadat itu, dan mula memukulnya di hadapan tempat pengadilan. Tetapi Galio sama sekali tidak mahu melibatkan diri dalam semua hal itu. 18  Setelah Paulus tinggal di situ untuk suatu jangka waktu, dia mengucapkan selamat tinggal kepada saudara-saudara di situ lalu belayar ke Siria bersama Priskila dan Akwila. Semasa dia berada di Kenkrea,+ Paulus memotong pendek rambutnya sebagai tanda bahawa dia telah berikrar kepada Tuhan. 19  Apabila mereka tiba di Efesus, Paulus meninggalkan Priskila dan Akwila lalu memasuki rumah ibadat untuk berbincang* dengan orang Yahudi.+ 20  Mereka asyik meminta Paulus untuk tinggal lebih lama di situ, tetapi Paulus tidak mahu. 21  Dia mengucapkan selamat tinggal dan berkata kepada mereka, “Jika Yehuwa* mengizinkan, aku akan kembali kepada kamu.” Kemudian, dia belayar dari Efesus 22  ke Kaisarea. Selepas itu, dia pergi ke Yerusalem untuk melawat sidang di situ, lalu dia pergi ke Antiokhia.+ 23  Setelah Paulus tinggal beberapa lama di situ, dia bertolak dan pergi dari kota ke kota di negeri Galatia dan Frigia+ untuk meneguhkan semua murid Yesus.+ 24  Seorang lelaki Yahudi yang bernama Apolos,+ yang lahir di Aleksandria, tiba di Efesus. Dia pandai berkata-kata, sangat memahami Ayat-Ayat Suci, 25  dan pernah diajar tentang jalan Yehuwa.* Dengan semangat membara yang diberikan oleh kuasa suci Tuhan, dia bercakap dan mengajar tentang Yesus dengan tepat. Tetapi dia hanya mempunyai pengetahuan tentang pembaptisan Yohanes. 26  Dengan berani Apolos mula bercakap di rumah ibadat. Apabila Priskila dan Akwila+ mendengar dia, mereka mengajaknya untuk menyertai mereka lalu menjelaskan jalan Tuhan dengan lebih tepat lagi kepadanya. 27  Kemudian, Apolos mahu pergi ke Akhaya. Oleh itu, saudara-saudara menulis surat kepada murid-murid di sana supaya mereka menyambut Apolos dengan ramah. Apabila dia tiba di sana, dia banyak membantu mereka yang telah percaya kepada Yesus melalui kebaikan hati Tuhan yang unggul. 28  Dengan penuh semangat, dia mengemukakan bukti yang amat kukuh kepada orang ramai bahawa ajaran orang Yahudi salah. Dia menunjukkan Ayat-Ayat Suci kepada mereka untuk membuktikan bahawa Yesus ialah Kristus.+

Nota Kaki

Atau “Paulus akan menaakul dengan mereka.”
Iaitu, rumah ibadat.
Lihat Kamus.
Atau “menaakul.”