Kisah 9:1-43

  • Saulus pergi ke Damsyik (1-9)

  • Ananias diutus untuk membantu Saulus (10-19a)

  • Saulus menginjil di Damsyik (19b-25)

  • Saulus melawat Yerusalem (26-31)

  • Petrus menyembuhkan Eneas (32-35)

  • Dorkas yang murah hati dibangkitkan (36-43)

9  Saulus masih mengancam murid-murid Tuan Yesus. Hasratnya untuk membunuh mereka berkobar-kobar.+ Jadi, dia pergi kepada imam agung  dan memintanya menulis surat-surat untuk disampaikan kepada rumah-rumah ibadat di Damsyik. Dengan itu, jika dia menjumpai lelaki atau wanita yang sedang mengikut Haluan Tuan,+ dia boleh mengikat mereka untuk dibawa ke Yerusalem.  Dalam perjalanannya ke Damsyik, apabila dia sudah dekat dengan kota itu, tiba-tiba cahaya dari langit memancar di sekelilingnya.+  Dia rebah ke tanah dan mendengar suara yang berkata, “Saulus, Saulus, mengapakah kamu menganiaya aku?”  Saulus berkata, “Tuan, siapakah kamu?” Suara itu menjawab, “Akulah Yesus,+ yang kamu aniaya.+  Bangunlah dan masuklah ke dalam kota. Di situ, kamu akan diberitahu apa yang mesti kamu lakukan.”  Sementara itu, orang yang membuat perjalanan bersama Saulus terpegun kaku sehingga tidak dapat berkata-kata. Mereka mendengar suara tersebut tetapi tidak melihat sesiapa pun.+  Saulus bangun tetapi dia tidak dapat melihat apa-apa meskipun matanya terbuka. Jadi mereka memegang tangannya dan memimpinnya ke Damsyik.  Saulus tidak dapat melihat apa-apa selama tiga hari,+ dan dia tidak makan ataupun minum. 10  Di Damsyik, ada seorang murid Yesus yang bernama Ananias.+ Dalam suatu penglihatan, Tuan Yesus berkata kepadanya, “Ananias!” Lalu dia menjawab, “Ya, Tuan.” 11  Tuan Yesus berkata, “Bangunlah. Pergilah ke rumah Yudas di Jalan Lurus, dan carilah seorang lelaki yang bernama Saulus, dari Tarsus.+ Dia sedang berdoa sekarang. 12  Dalam suatu penglihatan, dia nampak seorang lelaki yang bernama Ananias datang dan meletakkan tangan ke atasnya supaya dia boleh melihat semula.”+ 13  Tetapi Ananias berkata, “Tuan, aku sudah mendengar daripada ramai orang tentang lelaki ini dan semua perbuatan kejam yang dilakukannya terhadap umat suci di Yerusalem. 14  Ketua-ketua imam sudah memberinya kuasa untuk menangkap* semua orang di sini yang menyeru nama Tuan.”+ 15  Tetapi Tuan Yesus berkata kepadanya, “Pergilah, kerana aku sudah memilih lelaki ini+ untuk memberitakan namaku kepada raja-raja,+ umat Israel, dan bangsa-bangsa lain.+ 16  Aku akan menunjukkan kepadanya semua penderitaan yang mesti ditanggungnya demi namaku.”+ 17  Oleh itu, Ananias pergi dan masuk ke dalam rumah tersebut. Dia meletakkan tangannya ke atas Saulus dan berkata, “Saulus, saudaraku, Tuan Yesus yang menampakkan diri kepada kamu semasa kamu dalam perjalanan ke sini, telah mengutus aku kepadamu agar kamu dapat melihat semula dan dipenuhi kuasa suci Tuhan.”+ 18  Pada saat itu juga, sesuatu seperti sisik ikan jatuh dari mata Saulus, dan penglihatannya pun pulih lalu dia bangun dan dibaptis. 19  Kemudian dia makan dan tenaganya pun pulih. Dia tinggal bersama murid-murid Yesus di Damsyik untuk suatu jangka masa.+ 20  Tanpa berlengah-lengah, dia pergi ke rumah-rumah ibadat dan menyebarkan berita bahawa Yesus ialah Anak Tuhan. 21  Semua orang yang mendengarnya berasa hairan dan berkata, “Bukankah dia lelaki yang bertindak dengan kejam dan menganiaya orang di Yerusalem yang menyeru nama itu?+ Bukankah dia datang ke sini dengan tujuan untuk menahan dan membawa murid-murid Yesus kepada ketua-ketua imam?”+ 22  Tetapi Saulus semakin mahir dalam kerja penyebarannya. Dia membuktikan secara logik bahawa Yesus ialah Kristus sehingga orang Yahudi yang tinggal di Damsyik tidak dapat membantah lagi.+ 23  Beberapa lama kemudian, orang Yahudi berkomplot untuk membunuh Saulus.+ 24  Tetapi Saulus mendapat tahu tentang rancangan mereka. Siang malam mereka menjaga pintu gerbang kota dengan ketat agar dapat membunuhnya. 25  Maka pada waktu malam, murid-murid Saulus membawanya ke sebuah tingkap di tembok kota lalu menurunkannya di dalam sebuah bakul.+ 26  Setibanya di Yerusalem,+ dia berusaha untuk menyertai murid-murid Yesus. Tetapi mereka semua takut akan dia, kerana mereka tidak percaya bahawa dia sudah menjadi murid Yesus. 27  Jadi Barnabas+ membantu Saulus dan membawanya kepada para rasul. Barnabas memberitahu mereka secara terperinci bagaimana Saulus telah melihat Tuan Yesus semasa dalam perjalanannya,+ bagaimana Tuan Yesus telah bercakap kepada Saulus, dan bagaimana Saulus dengan beraninya telah bercakap tentang nama Yesus semasa di Damsyik.+ 28  Jadi Saulus terus tinggal bersama mereka, dan dia mengikut mereka ke mana sahaja mereka pergi di Yerusalem. Dia terus bercakap tentang nama Tuan Yesus dengan berani. 29  Dia bercakap dan berdebat dengan orang Yahudi yang bertutur dalam bahasa Yunani. Tetapi mereka mencuba untuk membunuhnya.+ 30  Apabila saudara-saudara mengetahui hal ini, mereka membawa Saulus ke Kaisarea dan menghantarnya ke Tarsus.+ 31  Untuk suatu jangka masa, sidang di seluruh Yudea, Galilea, dan Samaria,+ menikmati ketenteraman dan menjadi kukuh. Selain itu, bilangan murid terus bertambah kerana mereka sentiasa takut akan Yehuwa* dan hidup selaras dengan galakan yang diterima menerusi kuasa suci Tuhan.+ 32  Sewaktu Petrus menjelajahi seluruh kawasan itu, dia juga pergi kepada umat suci yang tinggal di Lida.+ 33  Di situ, dia menemui seorang lelaki bernama Eneas, yang lumpuh dan sudah terlantar di katilnya selama lapan tahun. 34  Petrus berkata kepadanya, “Eneas, Yesus Kristus menyembuhkan kamu.+ Bangunlah dan kemaskan katilmu,”+ lalu Eneas bangun dengan serta-merta. 35  Semua penduduk di Lida dan Dataran Saron nampak dia lalu mereka percaya kepada Tuan Yesus. 36  Di Yope ada seorang murid yang bernama Tabita. Dalam bahasa Yunani, namanya diterjemahkan sebagai Dorkas.* Wanita ini melakukan banyak perkara baik dan selalu membantu orang yang miskin. 37  Sewaktu Petrus berada di Lida, Dorkas jatuh sakit lalu mati. Mayatnya dimandikan lalu diletakkan di dalam sebuah bilik di tingkat atas. 38  Lida terletak berhampiran dengan Yope. Jadi, apabila murid-murid Yesus di Yope mendengar bahawa Petrus berada di Lida, mereka mengutus dua orang lelaki untuk memohonnya, “Datanglah kepada kami dengan segera.” 39  Maka, Petrus bangun dan mengikut mereka. Apabila dia tiba, mereka membawanya ke bilik di tingkat atas. Semua balu di situ datang kepadanya sambil menangis dan menunjukkan banyak jubah dan pakaian lain yang pernah dijahit oleh Dorkas semasa dia masih hidup. 40  Selepas Petrus menyuruh semua orang keluar,+ dia berlutut dan berdoa. Kemudian, dia menghadap mayat itu dan berkata, “Tabita, bangunlah!” Tabita membuka matanya dan apabila dia nampak Petrus, dia pun duduk.+ 41  Petrus menghulurkan tangannya dan membantu Tabita berdiri. Selepas itu, dia memanggil umat suci Tuhan, termasuk balu-balu tersebut, dan menunjukkan kepada mereka bahawa Tabita sudah hidup.+ 42  Hal ini tersebar di seluruh Yope, dan ramai orang mula percaya kepada Tuan Yesus.+ 43  Petrus terus tinggal di Yope untuk suatu jangka masa bersama dengan seorang penyamak kulit yang bernama Simon.+

Nota Kaki

Harfiah, “mengikat.”
Nama Dorkas dalam bahasa Yunani dan Tabita dalam bahasa Aram bermaksud “Gazel,” iaitu sejenis rusa.