Matius 11:1-30

  • Yohanes Pembaptis dipuji (1-15)

  • Generasi yang degil dikutuk (16-24)

  • Bapa berkenan kepada orang yang rendah hati (25-27)

  • Kuk Yesus menyegarkan (28-30)

11  Selepas Yesus memberi 12 orang muridnya arahan-arahan itu, dia pun bertolak dari situ untuk mengajar dan menyebarkan berita baik di kota-kota lain.+  Semasa Yohanes dipenjarakan,+ dia mendengar tentang hal-hal yang dilakukan oleh Kristus. Maka dia mengutus murid-muridnya+  untuk bertanya kepada Yesus, “Adakah Guru merupakan Dia yang Akan Datang, atau adakah kami harus menantikan seorang yang lain?”+  Yesus menjawab, “Pergilah kepada Yohanes dan laporkanlah apa yang kamu dengar dan lihat:+  Orang buta dapat melihat,+ orang tempang dapat berjalan, pesakit kusta+ disembuhkan, orang tuli dapat mendengar, orang mati dibangkitkan, dan berita baik sedang dikhabarkan kepada orang miskin.+  Berbahagialah orang yang percaya kepadaku tanpa ragu-ragu.”*+  Selepas mereka beredar, Yesus bertanya kepada orang ramai tentang Yohanes, “Semasa kamu ke padang belantara, apakah yang mahu kamu lihat?+ Rumput yang ditiup angin?+  Jika tidak, apakah yang mahu kamu lihat? Seseorang yang berpakaian mewah? Orang yang berpakaian mewah berada di istana.  Sebenarnya, apakah tujuan kamu keluar? Untuk melihat seorang nabi? Ya, sesungguhnya Yohanes jauh lebih besar daripada seorang nabi.+ 10  Mengenai dia, ada tertulis, ‘Lihatlah! Aku akan menghantar utusan-Ku di hadapanmu. Dia akan membuka jalan bagimu!’+ 11  Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Antara orang yang dilahirkan, tiada yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis. Namun, orang yang berkedudukan rendah dalam Kerajaan di syurga lebih besar daripadanya.+ 12  Tetapi sejak zaman Yohanes Pembaptis hingga sekarang, Kerajaan di syurga ialah matlamat yang asyik dikejar orang. Mereka yang berusaha dengan gigih akan meraihnya.+ 13  Segenap Hukum dan Ajaran Para Nabi mengandungi nubuat sehingga zaman Yohanes.+ 14  Sama ada kamu menerimanya atau tidak, dialah ‘Elia yang akan datang.’+ 15  Hendaklah orang yang bertelinga, mendengar dengan teliti. 16  “Dengan siapakah dapat aku bandingkan generasi ini?+ Generasi ini seperti kanak-kanak yang duduk di tempat awam* sambil berseru kepada satu sama lain, 17  ‘Kami meniup seruling untuk kamu, tetapi kamu tidak menari; kami meratap, tetapi kamu tidak memukul dada dengan sedih.’ 18  Begitu juga, semasa Yohanes datang, dia tidak makan ataupun minum wain. Namun orang berkata, ‘Dia kena rasuk roh jahat.’ 19  Semasa Anak Manusia datang, dia makan dan minum wain.+ Tetapi orang masih berkata, ‘Lihatlah orang ini! Dia gelojoh, pemabuk, dan bersahabat dengan pemungut cukai dan pendosa.’+ Meskipun demikian, kebijaksanaan dibuktikan benar oleh perbuatan.”+ 20  Kemudian dia mula mengecam penduduk di sesetengah kota. Walaupun kebanyakan mukjizatnya yang paling hebat dilakukan di kota-kota itu, penduduknya tidak bertaubat. 21  Dia berkata, “Malanglah kamu Korazin! Malanglah kamu Betsaida! Jika mukjizat yang dilakukan di tempat kamu dilakukan di Tirus dan Sidon, awal-awal lagi penduduknya sudah bertaubat lalu memakai kain guni dan duduk di atas abu.*+ 22  Tetapi aku berkata kepada kamu: Pada Hari Penghakiman, kamu akan menanggung hukuman yang lebih berat daripada Tirus dan Sidon.+ 23  Hai Kapernaum,+ adakah kamu akan ditinggikan sampai ke langit? Tidak! Kamu akan dibuang ke Kuburan.*+ Jika mukjizat yang berlaku di tempat kamu berlaku di Sodom, kota itu akan tetap wujud sampai hari ini. 24  Tetapi aku berkata kepada kamu: Pada Hari Penghakiman, kamu akan menanggung hukuman yang lebih berat daripada tanah Sodom.”+ 25  Pada masa itu Yesus berkata, “Aku memuji-Mu di hadapan umum, ya Bapa, Pemerintah langit dan bumi, kerana Engkau menyembunyikan hal-hal ini daripada orang yang bijak pandai dan menyingkapkannya kepada anak-anak muda.+ 26  Ya Bapa, hal ini selaras dengan kehendak-Mu. 27  Bapaku telah menyerahkan segala-galanya kepada aku.+ Tiada orang yang mengenal Anak dengan sepenuhnya kecuali Bapa,+ dan tiada orang yang mengenal Bapa dengan sepenuhnya kecuali Anak. Orang hanya dapat mengenal Bapa dengan sepenuhnya jika Anak rela mengajar mereka tentang Bapa.+ 28  Marilah kepadaku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat, dan aku akan menyegarkan kamu. 29  Pikullah kuk* aku dan belajarlah daripadaku, kerana aku lemah lembut dan rendah hati,+ maka jiwamu akan pulih segar. 30  Kuk aku senang dipikul, dan pikulan yang aku berikan pun ringan.”

Nota Kaki

Harfiah, “tersandung.”
Atau “pasar.”
Perbuatan ini menunjukkan bahawa seseorang sedang berdukacita atau sedang menyesal atas dosa yang dilakukannya.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.