Berita Baik yang Disampaikan oleh Matius 3:1-17
3 Pada masa itu, Yohanes+ Pembaptis menyebarkan berita+ di padang belantara Yudea.
2 “Bertaubatlah kerana Kerajaan di syurga sudah dekat,” katanya.+
3 Dialah orang yang dimaksudkan ketika Nabi Yesaya+ berkata, “Seseorang sedang berseru di padang belantara, ‘Hendaklah kamu menyediakan jalan bagi Yehuwa!* Luruskanlah jalan bagi-Nya.’”+
4 Pakaian Yohanes diperbuat daripada bulu unta dan tali pinggangnya diperbuat daripada kulit,+ manakala makanannya ialah belalang dan madu hutan.+
5 Kemudian orang dari Yerusalem, seluruh Yudea, dan semua kawasan di sekitar Sungai Yordan datang menemuinya.+
6 Orang mengakui dosa mereka di hadapan umum dan dibaptis* olehnya di Sungai Yordan.+
7 Semasa dia melihat ramai orang Farisi dan orang Saduki+ datang ke tempat pembaptisan itu, dia berkata kepada mereka, “Kamu keturunan ular berbisa.+ Siapakah yang memberikan amaran kepada kamu untuk melarikan diri daripada kemurkaan Tuhan yang akan datang?+
8 Oleh itu, tunjukkanlah melalui perbuatan kamu bahawa kamu sudah bertaubat.
9 Janganlah membuat andaian dan berkata dalam hati kamu, ‘Abraham ialah bapa kami.’+ Ketahuilah bahawa Tuhan mampu memberi Abraham keturunan daripada batu-batu ini.
10 Kapak sudah diletakkan di pangkal pokok. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang lalu dibuang ke dalam api.+
11 Aku membaptis kamu dengan air kerana kamu sudah bertaubat,+ tetapi dia yang datang selepas aku akan membaptis kamu dengan kuasa suci Tuhan+ dan api.+ Dia lebih berkuasa daripada aku, dan aku tidak layak untuk menanggalkan kasutnya.+
12 Tangannya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan membersihkan tempat mengirik* gandum dan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang, tetapi dia akan membakar sekam di dalam api+ yang tidak dapat dipadamkan.”
13 Kemudian Yesus berangkat dari Galilea ke Sungai Yordan. Dia meminta Yohanes untuk membaptisnya.+
14 Tetapi Yohanes mencuba menolak permintaannya dengan berkata, “Sepatutnya kamulah yang harus membaptis aku, tetapi mengapa pula kamu datang kepadaku?”
15 Namun Yesus menjawab, “Biarlah demikian untuk kali ini, kerana menerusi cara ini, kita dapat melaksanakan segala yang dikehendaki oleh Tuhan.” Maka Yohanes tidak lagi menolak permintaannya.
16 Selepas Yesus dibaptis, dia segera keluar dari air. Tiba-tiba, langit terbuka,+ dan Yohanes nampak kuasa suci Tuhan turun seperti burung merpati ke atasnya.+
17 Kemudian kedengaran suara dari langit+ yang berkata, “Inilah Anak-Ku+ yang Aku kasihi. Aku berkenan kepadanya.”+
Nota Kaki
^ Lihat Lampiran A5.
^ Atau “dibenamkan.”
^ Mengirik ialah proses memisahkan buah daripada tangkai. Menampi ialah proses mengasingkan biji-bijian daripada sekam, dan nyiru ialah alat yang digunakan untuk menampi.