Mazmur 107:1-43

  • Bersyukur kepada Tuhan atas perbuatan-Nya yang menakjubkan

    • Dia memimpin mereka di jalan yang betul (7)

    • Dia memuaskan orang yang dahaga dan lapar (9)

    • Dia membawa mereka keluar dari kegelapan (14)

    • Dia menyampaikan firman-Nya lalu menyembuhkan mereka (20)

    • Dia melindungi orang miskin daripada penindasan (41)

(Mazmur 107-150) 107  Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik;+Kasih setia-Nya kekal abadi.+   Ucapkanlah kata-kata itu, hai orang yang ditebus oleh Yehuwa,Orang yang diselamatkan-Nya daripada tangan musuh.+   Dia telah mengumpulkan mereka dari merata tempat,+Dari timur dan barat,Dari utara dan selatan.+   Mereka mengembara di padang belantara, di padang gurun;Mereka tidak menemui jalan ke kota yang dapat didiami.   Mereka lapar dan haus;Mereka hampir mati disebabkan kelesuan.   Dalam kesusahan itu, mereka berseru-seru kepada Yehuwa,+Dan Dia menyelamatkan mereka daripada keperitan mereka.+   Dia memimpin mereka di jalan yang betul+Supaya mereka tiba di kota yang dapat didiami.+   Bersyukurlah kepada Yehuwa+ atas kasih setia-NyaDan atas perbuatan-Nya yang menakjubkan demi manusia.+   Dia memuaskan orang yang dahagaDan mengenyangkan orang yang lapar dengan segala yang baik.+ 10  Ada orang yang hidup dalam kegelapan yang pekat.Mereka menderita dan dibelenggu dengan rantai besi seperti tahanan, 11  Kerana mereka memberontak dan melawan firman TuhanSerta meremehkan nasihat daripada Yang Maha Tinggi.+ 12  Maka Dia merendahkan hati mereka dengan membiarkan mereka dilanda kesusahan;+Mereka tersandung tetapi tiada orang yang menghulurkan bantuan. 13  Dalam kesusahan itu, mereka berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong,Dan Dia menyelamatkan mereka daripada keperitan mereka. 14  Dia membawa mereka keluar dari kegelapan yang pekatDan memutuskan rantai yang membelenggu mereka.+ 15  Bersyukurlah kepada Yehuwa atas kasih setia-Nya+Dan atas perbuatan-Nya yang menakjubkan demi manusia. 16  Pintu-pintu tembaga telah dihancurkan-Nya,Dan palang-palang besi telah dipatahkan-Nya.+ 17  Orang yang bodoh menderita+Akibat kesalahan dan dosa sendiri.+ 18  Mereka hilang selera makanDan berada di ambang maut. 19  Dalam kesusahan itu, mereka berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong,Dan Dia menyelamatkan mereka daripada keperitan mereka. 20  Dia menyampaikan firman-Nya lalu menyembuhkan mereka,+Dan Dia menyelamatkan mereka daripada liang kubur. 21  Bersyukurlah kepada Yehuwa atas kasih setia-NyaDan atas perbuatan-Nya yang menakjubkan demi manusia. 22  Hendaklah mereka mempersembahkan korban kesyukuran+Dan mengisytiharkan perbuatan-Nya dengan sorakan yang gembira. 23  Ada orang yang belayar dengan kapal,Yang berdagang di lautan yang luas.+ 24  Mereka telah menyaksikan apa yang dilakukan YehuwaDan melihat perbuatan-Nya yang menakjubkan di samudera.+ 25  Dengan perintah-Nya, angin bertiup dengan kencang,+Dan ombak di laut pun bergelora. 26  Anak-anak kapal terangkat tinggi ke langitLalu terhempas ke dasar laut. Keberanian mereka lesap kerana menghadapi bencana sebegini. 27  Mereka terhuyung-hayang lalu jatuh seperti orang mabuk;Semua kemahiran mereka menjadi sia-sia.+ 28  Dalam kesusahan itu, mereka berseru kepada Yehuwa,+Dan Dia menyelamatkan mereka daripada keperitan mereka. 29  Dia meredakan angin ribut,Dan ombak pun menjadi tenang.+ 30  Mereka bersukacita apabila laut menjadi tenang,Dan Dia memimpin mereka ke pelabuhan yang ingin ditujui. 31  Bersyukurlah kepada Yehuwa atas kasih setia-NyaDan atas perbuatan-Nya yang menakjubkan demi manusia.+ 32  Semoga mereka mengagungkan Tuhan dalam perhimpunan* umat,+Dan memuji-Nya di hadapan majlis orang tua-tua. 33  Dia menyebabkan sungai menjadi padang gurun,Mata air menjadi tanah yang gersang,+ 34  Dan tanah yang subur menjadi tempat yang tandus,+Akibat kejahatan orang yang tinggal di sana. 35  Dia menyebabkan padang gurun menjadi kolam air,Dan tanah yang kering menjadi mata air.+ 36  Dia membolehkan orang yang kelaparan tinggal di sana+Supaya mereka dapat mendirikan kota untuk didiami.+ 37  Mereka menabur benih di ladang dan menanam pokok anggur+Lalu menuai hasil yang lumayan.+ 38  Dia memberkati mereka supaya bilangan mereka bertambah-tambah;Dia tidak membiarkan bilangan ternakan mereka berkurangan.+ 39  Tetapi akibat penindasan, malapetaka, dan kesedihan,Jumlah mereka menyusut dan mereka dimalukan. 40  Dia menghina para pembesarDan membuat mereka mengembara tanpa tujuan di tanah yang tandus.+ 41  Tetapi Dia melindungi orang miskin daripada penindasan,+Dan membuat keluarga mereka bertambah besar seperti kawanan bebiri. 42  Orang yang tulus hati bergembira apabila melihat hal itu,+Tetapi semua orang yang jahat akan berdiam diri.+ 43  Sesiapa yang bijak akan memperhatikan perkara-perkara itu+Dan merenungkan kasih setia Yehuwa.+

Nota Kaki

Atau “sidang.” Lihat Kamus.