Mazmur 115:1-18

  • Tuhan sahaja yang patut dimuliakan

    • Berhala yang tidak bernyawa (4-8)

    • Bumi diberikan kepada manusia (16)

    • “Orang mati tidak dapat memuji Yah” (17)

115  Bukan kami, ya Yehuwa, bukan kami,Tetapi nama-Mu sahajalah yang harus dimuliakan,+Kerana kasih-Mu* dan kerana kesetiaan-Mu.+  2  Mengapakah bangsa-bangsa bertanya, “Di manakah Tuhan mereka?”+  3  Tuhan kami ada di syurga;Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.  4  Patung berhala mereka diperbuat daripada perak dan emas,Dihasilkan oleh tangan manusia.+  5  Berhala ada mulut tetapi tidak dapat bercakap,+Ada mata tetapi tidak dapat melihat,  6  Ada telinga tetapi tidak dapat mendengar,Ada hidung tetapi tidak dapat menghidu,  7  Ada tangan tetapi tidak dapat meraba,Ada kaki tetapi tidak dapat berjalan,+Dan ada kerongkong tetapi tidak dapat bersuara.+  8  Orang yang membuat berhala akan menjadi seperti berhala,+Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang percaya kepada berhala.+  9  Hai Israel, percayalah kepada Yehuwa.+Dia akan membantumu dan menjadi seperti perisai bagimu.+ 10  Hai keturunan Harun,+ percayalah kepada Yehuwa.Dia akan membantu kamu dan menjadi seperti perisai bagi kamu. 11  Hai orang yang takut akan Yehuwa, percayalah kepada Yehuwa.+Dia akan membantu kamu dan menjadi seperti perisai bagi kamu.+ 12  Yehuwa mengingati kita dan akan memberkati kita.Dia akan memberkati bangsa Israel;+Dia akan memberkati keturunan Harun. 13  Yehuwa akan memberkati orang yang takut kepada-Nya,Baik yang tua mahupun yang muda.* 14  Yehuwa akan menyebabkan jumlah kamu bertambahDan meningkatkan bilangan keturunan kamu.+ 15  Semoga kamu diberkati Yehuwa;+Dialah Pencipta langit dan bumi.+ 16  Syurga ialah kepunyaan Yehuwa,+Tetapi Dia telah memberikan bumi kepada manusia.+ 17  Orang mati tidak dapat memuji Yah,+Begitu juga dengan sesiapa yang turun ke kuburan.*+ 18  Tetapi kita akan memuji Yah,Sekarang dan selama-lamanya. Pujilah Yah!*

Nota Kaki

Atau “kasih setia-Mu.”
Atau “yang dianggap penting mahupun yang dianggap tidak penting.”
Atau “tempat yang sunyi.”
Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.