Mazmur 12:1-8

  • Yehuwa bangkit untuk bertindak

    • Firman Tuhan murni (6)

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan Syeminit.* Lagu yang digubah oleh Daud. 12  Selamatkanlah aku, ya Yehuwa, kerana tiada lagi orang yang setia;Orang yang dapat dipercayai sudah lenyap daripada kalangan umat manusia.   Mereka saling berdusta dan mengampu dengan kata-kata;Mereka memperdaya orang kerana hati mereka licik.+   Ya Yehuwa, Engkau akan menghapuskan semua orang yang suka mengampu;Engkau akan membinasakan semua orang yang suka bercakap besar.+   Engkau juga akan melenyapkan orang yang berkata, “Lidah kami mendatangkan kemenangan bagi kami. Kami akan bercakap sesuka hati.Tiada sesiapa pun yang akan berkuasa atas kami.”+   Yehuwa berfirman, “Aku akan bangkit dan bertindakDemi orang yang ditindasDan demi orang miskin yang berkeluh-kesah.+ Aku akan menyelamatkan mereka daripada orang yang membenci mereka.”   Firman Yehuwa itu murni,+Seperti perak yang dimurnikan di dalam relau* sebanyak tujuh kali.   Ya Yehuwa, Engkau akan menjaga mereka;+Engkau akan sentiasa melindungi mereka semua daripada generasi yang jahat ini.   Orang jahat bebas pergi ke mana sahajaKerana manusia menyanjung perkara yang keji.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau mungkin, “di dalam pelebur yang ditempatkan di atas tanah.”