Mazmur 13:1-6
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.
13 Ya Yehuwa, adakah Engkau akan melupakan aku buat selama-lamanya?
Sampai bilakah Engkau akan menyembunyikan diri-Mu daripadaku?+
2 Sampai bilakah aku harus berasa khuatir?Haruskah aku bersedih hati saban hari?
Sampai bilakah musuhku akan menguasai aku?+
3 Ya Yehuwa, Tuhanku, pandanglah aku dan jawablah seruanku.
Pulihkanlah kekuatanku supaya aku tidak tidur dalam kematian.
4 Dengan itu, musuhku tidak akan berkata, “Aku sudah mengalahkannya!”
Jangan biarkan penentangku bergembira kerana kejatuhanku.+
5 Tetapi aku yakin terhadap kasih setia-Mu;+Hatiku akan bersukacita kerana Engkau menyelamatkan aku.+
6 Aku akan bernyanyi kepada-Mu, ya Yehuwa, kerana Engkau telah memberkati aku dengan berlimpah-limpah.*+
Nota Kaki
^ Atau “telah berbuat baik kepadaku.”