Mazmur 143:1-12

  • Memerlukan Tuhan seperti tanah kering memerlukan hujan

    • “Aku memikirkan perbuatan-Mu” (5)

    • “Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu” (10)

    • ‘Pimpinlah aku mengikut haluan yang benar’ (10)

Lagu yang digubah oleh Daud. 143  Ya Yehuwa, dengarlah doaku;+Dengarlah seruanku untuk meminta tolong. Engkau baik dan setia, maka jawablah doaku.   Janganlah membawa hamba-Mu ke muka pengadilan,Kerana tiada seorang pun yang tidak bersalah di hadapan-Mu.+   Musuh telah memburu akuDan menewaskan aku.* Musuh menyebabkan aku hidup dalam kegelapan seperti orang yang sudah lama mati.   Aku patah semangat;+Aku tidak bermaya.+   Aku terkenang akan masa lalu;Aku merenungkan segala yang telah Engkau lakukan;+Aku memikirkan* perbuatan-Mu dengan bersungguh-sungguh.   Aku menadahkan tanganku untuk berdoa kepada-Mu;Aku amat memerlukan Engkau sepertimana tanah kering memerlukan hujan.+ (Selah)   Ya Yehuwa, jawablah doaku dengan segera,+Kerana kekuatanku sudah hampir lenyap.+ Janganlah sembunyikan diri-Mu daripadaku,+Supaya aku tidak menjadi seperti orang yang akan turun ke dalam kubur.+   Setiap pagi, biarlah aku mendengar tentang kasih setia-Mu,Kerana aku percaya kepada-Mu. Tunjukkanlah jalan yang harus aku tempuh,+Kerana aku berharap kepada-Mu dengan sepenuh jiwaku.   Ya Yehuwa, aku berlindung kepada-Mu.+ Selamatkanlah aku daripada musuh-musuhku. 10  Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu,+Kerana Engkaulah Tuhanku. Engkau sungguh baik;Pimpinlah aku dengan kuasa suci-Mu agar aku tetap mengikut haluan yang benar.* 11  Demi nama-Mu, ya Yehuwa, peliharalah nyawaku. Selamatkanlah aku daripada kesusahan kerana Engkau baik.+ 12  Hapuskanlah musuh-musuhku kerana Engkau pengasih dan setia;+Binasakanlah semua orang yang menindas aku,+Kerana aku ini hamba-Mu.+

Nota Kaki

Atau “Dan memijak nyawaku di atas tanah.”
Atau “mengkaji.”
Atau “Pimpinlah aku di jalan yang rata.”