Mazmur 150:1-6

  • Hendaklah semua makhluk hidup memuji Yah

    • Halleluyah! (1,6)

150  Pujilah Yah!*+ Pujilah Tuhan di tempat suci-Nya!+ Pujilah Tuhan di angkasa yang membuktikan kekuatan-Nya!+  2  Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang hebat!+ Pujilah Dia kerana keagungan-Nya yang tiada tandingan!+  3  Pujilah Dia dengan trompet!+ Pujilah Dia dengan kecapi dan alat muzik bertali!+  4  Pujilah Dia dengan tamborin+ dan tarian!* Pujilah Dia dengan alat muzik bertali+ dan seruling!+  5  Pujilah Dia dengan simbal yang berdenting! Pujilah Dia dengan simbal yang berdentang!+  6  Pujilah Yah, hai semua makhluk hidup! Pujilah Yah!*+

Nota Kaki

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau “dan dengan menari dalam bulatan!”
Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.