Mazmur 17:1-15
Doa Daud.
17 Ya Yehuwa, dengarkanlah rayuanku meminta keadilan;Perhatikanlah seruanku meminta tolong;Dengarkanlah doaku yang diucapkan dengan ikhlas.+
2 Semoga mata-Mu memerhatikan apa yang benar;+Semoga Engkau mengadili perkaraku dengan saksama.
3 Engkau memperhatikan aku pada waktu malam,+Engkau memeriksa hatiku, dan Engkau memurnikan aku;+Engkau tidak akan mendapati niat jahat pada diriku,Dan Engkau tidak akan mendapati ucapan jahat pada mulutku.
4 Selaras dengan firman-Mu, aku menghindari haluan orang yang melakukan keganasan;Aku tidak dipengaruhi oleh apa yang dilakukan orang lain.+
5 Semoga aku terus berjalan mengikut haluan-MuAgar kakiku tidak tersandung.+
6 Dengarlah* doaku dengan teliti dan perhatikanlah kata-kataku.+
Aku berseru kepada-Mu, ya Tuhan, kerana Engkau pasti akan mendengarkan seruanku.+
7 Tunjukkanlah kasih setia-Mu; lakukanlah perkara-perkara yang hebat;+Engkaulah Penyelamat orang yang berlindung di bawah tangan-Mu yang perkasa;Bebaskanlah mereka daripada orang yang memberontak terhadap-Mu.
8 Peliharalah aku seperti biji mata-Mu sendiri;+Lindungilah aku di bawah naungan sayap-Mu,+
9 Kerana orang jahat menyerang aku,Dan kerana musuh-musuhku mengepung aku.+
10 Mereka tidak berhati perut;Mereka angkuh dan suka bercakap besar.
11 Mereka mengasak aku dari segala arah;+Mereka menunggu peluang untuk menjatuhkan aku.
12 Musuhku bagaikan singa yang ingin mencabik-cabik mangsanya,Dan seperti singa muda yang bersembunyi menantikan mangsanya.
13 Ya Yehuwa, bangkitlah untuk menentang+ dan mengalahkan musuhku;Dengan pedang-Mu, selamatkanlah aku daripada orang jahat;
14 Ya Yehuwa, dengan tangan-Mu yang kuat, selamatkanlah aku daripada orang zaman ini.Engkau mengurniai mereka segala yang baik,+Dan mereka mempunyai banyak harta untuk diwariskan kepada anak-anak mereka.Walaupun begitu, mereka hanya bertumpu kepada kehidupan sekarang yang bersifat duniawi.+
15 Tetapi aku akan menikmati perkenan-Mu, kerana aku melakukan apa yang benar.Setiap kali aku bangun, aku berasa puas hati kerana berada di hadirat-Mu.+
Nota Kaki
^ Atau “Bongkokkanlah badan-Mu dan dengarlah.”