Mazmur 18:1-50

  • Memuji Tuhan yang menjadi penyelamat

    • ‘Yehuwalah batu perlindunganku’ (2)

    • Yehuwa setia kepada orang yang setia (25)

    • Haluan Tuhan sempurna (30)

    • “Kerendahan hati-Mu menjadikan aku agung” (35)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud, hamba Yehuwa. Selepas Yehuwa menyelamatkan Daud daripada Saul dan semua musuhnya, Daud menyanyikan lagu ini kepada Yehuwa:+ 18  Ya Yehuwa, Engkaulah sumber kekuatanku.+ Aku sangat mengasihi-Mu.  2  Ya Yehuwa, Engkaulah penyelamatku; Engkaulah batu perlindunganku dan kubuku.+ Ya Tuhanku, Engkaulah gunung batuku.+ Aku berlindung kepada-Mu.Engkaulah perisaiku dan penyelamatku yang berkuasa.* Engkaulah tempat naunganku.*+  3  Aku berseru kepada Yehuwa yang layak dipuji,Dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.+  4  Tali-tali maut membelit aku;+Seperti banjir kilat, orang yang tidak berguna menakutkan aku.+  5  Tali-tali Kuburan* melilit aku,Dan jerat-jerat maut dipasang di hadapanku.+  6  Dalam kesusahanku, aku berseru kepada Yehuwa.Aku terus berseru kepada Tuhanku untuk meminta tolong, Lalu Dia mendengar seruanku dari rumah-Nya;+Sememangnya, seruanku untuk meminta tolong sampai ke telinga-Nya.+  7  Bumi mula bergegar dan bergoncang;+Asas-asas gunung pun bergetar dan bergoyang,Kerana Dia telah menjadi murka.+  8  Asap berhembus daripada hidung-Nya,Dan api yang marak keluar daripada mulut-Nya;+Bara api yang bernyala-nyala meletus daripada-Nya.  9  Langit melengkung apabila Dia turun,+Dan awan yang gelap terbentang di bawah kaki-Nya.+ 10  Dia terbang dengan mengenderai kerub;*+ Dia melayah turun di atas sayap malaikat.*+ 11  Dia menutupi diri-Nya dengan kegelapan;+Dia menyelubungi diri-Nya dengan awan yang mendung dan tebal,+Dan Dia membentangkan kegelapan sebagai khemah di sekeliling-Nya. 12  Daripada cahaya terang di hadapan-Nya,Hujan batu dan bara api turun menembusi awan. 13  Kemudian Dia membuat guruh mengguntur dari langit;+Yehuwa, Tuhan Yang Maha Tinggi, membuat suara-Nya kedengaran+Melalui hujan batu dan bara api yang menyala-nyala. 14  Dia melepaskan anak panah dan mencerai-beraikan musuh-Nya;+Dia menurunkan petir dan mengacau-bilaukan mereka.+ 15  Dengan hembusan nafas daripada hidung-Nya,+Dan kerana teguran yang diberikan Yehuwa,Dasar sungai terdedah dan asas bumi pun tersingkap.+ 16  Tuhan menghulurkan tangan-Nya dari atas;Dia memegang aku dan menarik aku keluar dari air yang dalam.+ 17  Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang membenci aku+Dan daripada mereka yang lebih kuat daripada aku.+ 18  Mereka menentang aku ketika aku ditimpa bencana,+Namun Yehuwa tetap menyokong aku. 19  Dia menyelamatkan aku kerana Dia berkenan kepadaku;Dia membawa aku ke tempat yang selamat.*+ 20  Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar;+Dia memberkati aku kerana tanganku tidak berbuat salah.+ 21  Aku telah mengikut haluan Yehuwa,Dan aku tidak berbuat jahat dengan meninggalkan Tuhanku. 22  Segala hukum-Nya ada di hadapanku;Aku tidak akan mengabaikan perintah-Nya. 23  Aku bertekad untuk tetap suci di hadapan-Nya,+Dan aku akan menjauhkan diri daripada kesalahan.+ 24  Semoga Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar,+Dan kerana aku tidak berbuat salah di hadapan-Nya.+ 25  Ya Tuhan, Engkau setia kepada orang yang setia,+Dan Engkau memperlakukan orang yang tidak bersalah dengan adil.+ 26  Engkau baik terhadap orang yang ikhlas,+Tetapi Engkau memperdaya orang yang licik.+ 27  Engkau menyelamatkan orang yang rendah hati,*+Tetapi Engkau merendahkan orang yang angkuh.+ 28  Ya Yehuwa, Engkaulah yang menyalakan pelitaku;Ya Tuhan, Engkaulah yang menerangi kegelapanku.+ 29  Dengan bantuan-Mu, aku dapat menyerang kumpulan perompak;+Dengan kuasa-Mu, aku berjaya melompat merentasi tembok.+ 30  Haluan Tuhan yang benar sungguh sempurna;+Firman Yehuwa murni.+ Dialah perisai bagi semua orang yang bernaung pada-Nya.+ 31  Tiada Tuhan lain kecuali Yehuwa;+ Dia satu-satunya batu perlindungan kita.+ 32  Tuhan yang benar menguatkan aku,+Dan Dialah yang menyempurnakan jalanku.+ 33  Dia menjadikan kakiku setangkas kaki rusa,Dan Dia membuat aku berjalan di tempat-tempat yang tinggi.+ 34  Dia melatih tanganku untuk berperang;Tanganku dapat melengkungkan busur tembaga. 35  Ya Tuhan, Engkau memberi aku perisai penyelamatan-Mu,+Dan Engkau menyokong aku dengan tangan kanan-Mu.Kerendahan hati-Mu menjadikan aku agung.+ 36  Engkau melebarkan jalanku,Supaya kakiku tidak tersandung.+ 37  Aku akan mengejar musuhku dan mengalahkan mereka;Aku tidak akan berhenti sehingga mereka hancur binasa. 38  Aku akan meremukkan mereka sehingga mereka tidak dapat bangkit lagi;+Mereka semua akan rebah di bawah kakiku. 39  Engkau memberi aku kekuatan untuk bertempur;Engkau menjatuhkan musuh-musuhku di hadapanku.+ 40  Engkau menyebabkan musuhku berundur daripadaku.Ya, aku akan membinasakan orang yang membenci aku.+ 41  Mereka akan berseru meminta tolong, tetapi tiada orang yang dapat menyelamatkan mereka;Mereka bahkan akan berseru kepada-Mu, ya Yehuwa, tetapi Engkau tidak akan menjawab seruan mereka. 42  Aku akan menyingkirkan mereka sepertimana orang membuang lumpur di jalanan;Aku akan menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang ditiup angin. 43  Engkau menyelamatkan aku daripada rakyat yang mencari kesalahanku.+ Engkau melantik aku sebagai pemerintah bangsa-bangsa.+ Bangsa yang tidak aku kenal akan tunduk kepadaku.+ 44  Orang asing akan mendengar khabar angin tentang aku;Mereka akan menghadap aku sambil menggigil ketakutan, dan mereka akan mematuhi aku.+ 45  Orang asing akan hilang keberanian;Dengan gementar, mereka akan keluar dari kubu pertahanan mereka. 46  Yehuwa ialah Tuhan yang hidup! Terpujilah Dia, Gunung Batuku!+ Semoga Dia dimuliakan kerana Dialah Penyelamatku!+ 47  Tuhan yang benar menuntut pembalasan bagiku;+Dia membuat orang ramai tunduk kepadaku. 48  Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang berang;Dia meninggikan aku dan menjauhkan aku daripada orang yang menyerang aku;+Dia menyelamatkan aku daripada orang yang ganas. 49  Ya Yehuwa, itulah sebabnya aku akan memuliakan-Mu di hadapan semua bangsa,+Dan aku akan menyanyikan lagu untuk memuji nama-Mu.+ 50  Engkau telah melakukan perbuatan yang menakjubkan untuk menyelamatkan* raja yang Engkau lantik;+Engkau menunjukkan kasih setia kepada raja yang Engkau urapi,+Kepada aku Daud dan keturunanku, buat selama-lamanya.+

Nota Kaki

Harfiah, “dan tanduk penyelamatanku.” Lihat Kamus, “Tanduk.”
Atau “tempat naunganku yang tinggi.”
Lihat Kamus, “Kuburan.”
Atau “sayap angin.”
Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.
Atau “luas.”
Atau “yang menderita.”
Atau “Engkau telah memberikan kemenangan yang hebat kepada.”