Mazmur 20:1-9

  • Penyelamatan bagi raja yang diurapi Tuhan

    • Orang bergantung pada kuda dan kereta kuda; kami menyeru nama Yehuwa (7)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. 20  Semoga Yehuwa mengabulkan doamu sewaktu kamu* dalam kesusahan. Semoga Tuhan Yakub melindungimu sewaktu kamu menyeru nama-Nya.+  2  Semoga Dia memberi kamu bantuan dari tempat yang suci,+Dan menyokong kamu dari Sion.+  3  Semoga Dia mengingati semua persembahan yang kamu berikan;Semoga Dia menerima korban bakar daripada kamu dengan senang hati. (Selah)  4  Semoga Dia menunaikan keinginan hatimu+Dan menjayakan segala rancanganmu.  5  Kita akan bersorak dengan gembira kerana penyelamatan daripada Tuhan;+Kita akan mengangkat panji-panji untuk memuliakan nama Tuhan kita.+ Semoga Yehuwa mengabulkan semua permintaanmu.  6  Sekarang aku tahu bahawa Yehuwa menyelamatkan orang yang diurapi-Nya.+ Dari tempat suci-Nya di syurga, Dia mengabulkan doa orang itu.Dia memberikan penyelamatan* dengan tangan kanan-Nya.+  7  Ada orang bergantung pada kereta kuda mereka, yang lain pula pada kuda mereka,+Tetapi kita akan menyeru nama Yehuwa, Tuhan kita.+  8  Mereka telah tersandung dan jatuh,Tetapi kita telah bangkit dan berdiri teguh.+  9  Semoga Yehuwa menyelamatkan raja!+ Dia akan menjawab seruan kita ketika kita berseru meminta tolong.+

Nota Kaki

Kata-kata dalam ayat 1-5 nampaknya diucapkan oleh rakyat kepada raja.
Atau “kemenangan.”