Mazmur 22:1-31
Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Rusa Betina pada Waktu Fajar.”* Lagu yang digubah oleh Daud.
22 Tuhanku, Tuhanku, mengapakah Engkau meninggalkan aku?+
Mengapakah Engkau tidak datang untuk menyelamatkan aku?Mengapakah Engkau tidak mendengar ketika aku berseru dalam kesusahan?+
2 Ya Tuhanku, aku berseru-seru kepada-Mu siang dan malam,+Tetapi Engkau tidak menjawab seruanku.
3 Engkau Tuhan yang suci;+Takhta-Mu dikelilingi pujian daripada Israel.
4 Nenek moyang kami percaya kepada-Mu;+Mereka yakin terhadap-Mu, dan Engkau selalu menyelamatkan mereka.+
5 Mereka berseru kepada-Mu, dan mereka diselamatkan;Mereka yakin terhadap-Mu, dan mereka tidak dikecewakan.*+
6 Tetapi aku ini bukannya manusia; aku hanyalah seperti cacing.Aku dihina dan dipandang rendah oleh semua orang.+
7 Semua orang yang melihat aku mentertawakan aku;+Mereka mencemuh aku dan menggelengkan kepala sambil berkata,+
8 “Dia mempercayakan dirinya kepada Yehuwa. Biarlah Tuhan menyelamatkannya!
Bukankah dia orang yang dikasihi Tuhan? Biarlah Tuhan membebaskannya!”+
9 Engkaulah yang membawa aku keluar daripada kandungan ibuku;+Engkaulah yang membuat aku berasa selamat dalam dakapan ibuku.
10 Sejak lahir, aku dipercayakan kepada-Mu;Sejak dalam kandungan, Engkaulah Tuhanku.
11 Janganlah jauhkan diri-Mu daripadaku,+Kerana kesusahan sudah dekat, dan tiada seorang pun yang membantu aku.+
12 Seperti lembu jantan yang kuat dari Basan,+Musuh-musuhku mengepung aku untuk menyerang aku.+
13 Seperti singa yang mengaum sambil mencabik-cabik mangsanya,+Mereka mengangakan mulut untuk mengancam aku.+
14 Tenagaku hilang seperti air yang ditumpahkan;Semua tulangku terkehel;
Hatiku bagaikan lilin* yang kepanasan,+Yang mencair dalam diriku.+
15 Aku tidak bermaya, dan aku telah menjadi seperti serpihan tembikar;+Lidahku melekat pada lelangit mulutku;+Engkau meninggalkan aku di atas debu dan membiarkan aku mati di situ.+
16 Musuh-musuhku yang jahat mengepung aku.+Mereka bagaikan anjing di sekelilingku yang ingin menyerang aku;+Mereka bagaikan singa yang ingin menyiat tangan dan kakiku.+
17 Semua tulangku kelihatan dan dapat dihitung.+
Musuhku memperhatikan aku; mereka terus memandang aku.
18 Mereka membahagi-bahagikan jubahkuDan membuang undi untuk pakaianku.+
19 Ya Yehuwa, janganlah jauhkan diri-Mu daripadaku.+
Engkaulah kekuatanku; cepatlah datang untuk menolong aku!+
20 Selamatkanlah aku daripada pedang dan cengkaman anjing;Peliharalah nyawaku yang berharga.+
21 Selamatkanlah aku daripada taring singa+ dan tanduk lembu jantan liar;Dengarkanlah seruanku dan selamatkanlah aku!
22 Aku akan mengisytiharkan nama-Mu kepada saudara-saudaraku;+Aku akan memuji-Mu di tengah-tengah sidang.+
23 Hai orang yang takut akan Yehuwa, pujilah Dia!
Hai semua keturunan Yakub, muliakanlah Dia!+
Hai semua keturunan Israel, hormatilah Dia!
24 Dia tidak menghina orang yang menderita atau membenci orang yang ditindas;+Dia tidak menyembunyikan diri daripada mereka,+
Tetapi Dia mendengarkan seruan mereka meminta tolong.+
25 Ya Tuhan, aku akan memuji-Mu dalam perhimpunan* yang besar;+Aku akan menunaikan ikrarku di hadapan orang yang takut akan-Mu.
26 Ya Yehuwa, orang akan mencari-Mu dan memuji-Mu;+Orang yang rendah hati akan makan sehingga puas;+
Semoga mereka menikmati kehidupan buat selama-lamanya!
27 Ya Yehuwa, orang dari seluruh pelosok bumi akan mengingati-Mu dan berpaling kepada-Mu;
Semua bangsa akan bersujud di hadapan-Mu.+
28 Ya Yehuwa, Engkaulah Raja;+Engkaulah yang berkuasa atas semua bangsa.
29 Semua orang yang makmur di bumi akan makan lalu bersujud kepada-Mu;Semua orang yang akhirnya kembali ke tanah akan berlutut di hadapan-Mu;Tiada seorang pun daripada mereka dapat memelihara nyawa mereka sendiri.
30 Ya Yehuwa, keturunan mereka akan menyembah-Mu;Generasi seterusnya akan diberitahu tentang-Mu.
31 Mereka akan datang dan menceritakan hal-hal baik yang telah Engkau lakukan;
Mereka akan memberitahu generasi yang akan dilahirkan tentang segala perbuatan-Mu.