Mazmur 4:1-8

  • Doa orang yang percaya kepada Tuhan

    • “Jika kamu marah, janganlah berdosa” (4)

    • ‘Aku akan tidur dengan tenteram’ (8)

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Lagu yang digubah oleh Daud. 4  Ya Tuhanku yang adil dan benar,+ jawablah aku apabila aku berseru kepada-Mu. Bukalah jalan keluar bagiku sewaktu aku berada dalam kesusahan. Tunjukkanlah belas kasihan terhadapku dan dengarlah doaku.  2  Hai manusia, berapa lamakah kamu akan menghina aku? Berapa lamakah kamu akan mengasihi perkara yang tidak berguna dan mengejar apa yang palsu? (Selah)  3  Ketahuilah bahawa Yehuwa akan memperlakukan hamba-Nya yang setia dengan cara yang istimewa.*Yehuwa akan mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.  4  Jika kamu marah, janganlah berdosa.+ Ketika kamu berbaring di atas katilmu, ucapkanlah hal itu dalam hatimu sambil berdiam diri. (Selah)  5  Apa sahaja yang kamu persembahkan kepada Tuhan,Berikannya dengan hati yang ikhlas dan percayalah kepada Yehuwa.+  6  Banyak orang berkata, “Siapakah yang akan memberi kita sesuatu yang baik?” Ya Yehuwa, semoga Engkau berkenan kepada kami.+  7  Engkau telah membuat hatiku lebih bersukacitaDaripada orang yang mendapat banyak hasil bijirin dan wain baharu.  8  Aku akan berbaring dan tidur dengan tenteram,+Kerana hanya Engkau, ya Yehuwa, yang dapat memberi aku kehidupan yang aman.+

Nota Kaki

Atau “Yehuwa akan mengekhaskan hamba-Nya yang setia bagi diri-Nya.”