Mazmur 46:1-11
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+ Diselaraskan dengan Alamot.*
46 Tuhan ialah tempat naungan dan kekuatan kita;+Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.+
2 Itulah sebabnya kita tidak akan berasa takut,Walaupun bumi bergoncang dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut,+
3 Walaupun laut bergelora dan ombaknya membuih,+Dan walaupun gunung-gunung bergetar akibat laut yang mengamuk. (Selah)
4 Ada sebatang sungai yang aliran-alirannya menggembirakan penduduk di kota milik Tuhan,+Di khemah suci* milik Tuhan Yang Maha Tinggi.
5 Tuhan berada di kota itu,+ itulah sebabnya kota itu tidak dapat dimusnahkan.
Tuhan akan datang menolongnya pada waktu fajar.+
6 Bangsa-bangsa menjadi tidak tenteram dan kerajaan-kerajaan digulingkan.Apabila suara Tuhan yang mengguntur kedengaran, bumi pun lebur.+
7 Yehuwa, ketua angkatan syurga, menyertai kita!+Tuhan Yakub ialah tempat perlindungan kita.* (Selah)
8 Marilah dan saksikanlah segala perbuatan Yehuwa;Lihatlah perbuatan-Nya yang menakjubkan di bumi.
9 Tuhan menghentikan peperangan di seluruh dunia.+
Dia mematahkan busur dan menghancurkan tombak;Dia menghanguskan semua kereta kuda.*
10 Tuhan berfirman, “Tunduklah kepada-Ku dan ketahuilah bahawa Akulah Tuhan.
Aku akan diagungkan dalam kalangan bangsa-bangsa,+Dan Aku akan dimuliakan di seluruh bumi.”+
11 Yehuwa, ketua angkatan syurga, menyertai kita!+Tuhan Yakub ialah tempat perlindungan kita.+ (Selah)