Mazmur 53:1-6
Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan Mahalat.* Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Daud.
53 Orang bodoh* berkata dalam hati,
“Tidak ada Yehuwa.”*+
Semua perbuatan mereka jahat dan keji; segala kelakuan mereka menjijikkan;Tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang berbuat baik.+
2 Tetapi dari syurga, Tuhan memandang umat manusia;+Yehuwa ingin melihat jika terdapat orang yang berpengertian dan jika ada orang yang sedang mencari-Nya.+
3 Namun mereka semua telah menyimpang daripada jalan yang benar;Mereka semua jahat dan tidak berakhlak.
Tiada orang yang melakukan apa yang benar.Ya, tiada seorang pun yang berbuat baik.+
4 Mengapakah orang yang jahat tidak berpengertian?
Mereka tidak berseru kepada Yehuwa.+
Mereka melahap umat-Nya seperti menelan makanan.
5 Tetapi mereka akan diselubungi rasa takut dan gentarSeperti yang belum pernah dialami mereka.*Mereka akan dimalukan kerana Yehuwa telah menolak mereka;
Tuhan akan menyelerakkan tulang-tulang orang yang menyerang umat-Nya.
6 Semoga penyelamatan bagi Israel datang dari Sion!+
Apabila Yehuwa mengumpulkan semula umat-Nya yang ditawan,Hendaklah Yakub bersukacita; hendaklah Israel bergembira!