Mazmur 56:1-13
Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Merpati Sepi di Tempat yang Jauh.” Miktam.* Mazmur yang digubah oleh Daud pada masa dia ditangkap oleh orang Filistin di Gat.+
56 Kasihanilah aku, ya Tuhan, kerana aku diserang;
Sepanjang masa, musuh-musuhku melawan dan menindas aku.
2 Sepanjang hari, mereka ingin melahap aku;Dengan angkuh, mereka semua menentang aku.
3 Apabila aku berasa takut,+ aku berharap kepada-Mu.+
4 Ya Tuhan, aku memuji firman-Mu dan aku percaya kepada-Mu;Ya Tuhan, aku tidak berasa takut kerana aku yakin kepada-Mu.
Apakah yang dapat dilakukan manusia fana terhadapku?+
5 Sepanjang hari, mereka mendatangkan kesusahan bagiku;Mereka ingin sekali mencelakakan aku.+
6 Mereka bersembunyi untuk menyerang aku;Mereka mengawasi setiap gerak-geriku,+Dan mereka mencari peluang untuk meragut nyawaku.+
7 Janganlah berkenan kepada mereka kerana mereka jahat.
Ya Tuhan, hukumlah bangsa-bangsa dalam kemurkaan-Mu.+
8 Semasa aku seorang pelarian, Engkau memerhatikan dan mencatatkan segala kesusahanku;+
Aku tahu bahawa segala penderitaanku tercatat dalam kitab-Mu.+
Ya Tuhan, tolonglah simpan semua air mataku di dalam kirbat-Mu.*+
9 Musuh-musuhku akan berundur ketika aku berseru kepada-Mu untuk meminta tolong.+
Ya Tuhan, aku sangat yakin bahawa Engkau berpihak kepadaku.+
10 Ya Yehuwa, aku memuji firman-Mu dan aku percaya kepada-Mu;Ya Tuhan, aku memuliakan firman-Mu dan aku yakin kepada-Mu.
11 Ya Tuhan, aku tidak berasa takut kerana aku yakin kepada-Mu.+
Apakah yang dapat dilakukan manusia fana terhadapku?+
12 Ya Tuhan, aku akan menunaikan ikrar yang aku buat kepada-Mu;+Aku akan mengucapkan syukur kepada-Mu,+
13 Kerana Engkau tidak membiarkan kakiku tersandung,+Dan kerana Engkau telah menyelamatkan aku daripada maut.+Maka aku dapat melangkah di hadapan-Mu dalam cahaya yang menyinari orang yang hidup.+