Mazmur 6:1-10

  • Doa permohonan

    • Orang mati tidak memuji Tuhan (5)

    • Tuhan mendengarkan permohonan hamba-Nya (9)

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali yang diselaraskan dengan Syeminit.* Lagu yang digubah oleh Daud. 6  Ya Yehuwa, janganlah menegur aku ketika Engkau murka,Dan janganlah membetulkan aku semasa Engkau marah.+   Ya Yehuwa, kasihanilah aku kerana aku semakin lemah. Ya Yehuwa,+ kuatkanlah aku kerana aku tidak bermaya.   Sesungguhnya, hatiku sangat gelisah,+Dan aku bertanya kepada-Mu, “Ya Yehuwa, sampai bilakah aku harus menderita?”+   Ya Yehuwa, selamatkanlah aku kerana Engkau penuh dengan kasih setia;+Ya, datanglah dan selamatkanlah aku,+   Kerana orang mati tidak dapat bercakap* tentang-Mu;Di Kuburan,* tiada sesiapa yang akan memuji-Mu.+   Aku mengeluh sehingga menjadi letih lesu;+Sepanjang malam katilku dibasahi dengan air mataku;Tempat tidurku dibasahi dengan tangisanku.+   Penglihatanku menjadi kabur,+Dan hatiku pedih disebabkan semua orang yang menindas aku.   Hai kamu semua yang jahat, pergilah daripadaku,Kerana Yehuwa akan mendengarkan tangisanku.+   Yehuwa akan mendengarkan permohonanku;+Yehuwa akan mengabulkan doaku. 10  Semua musuhku akan berasa cemas dan terhina;Mereka akan segera berundur dengan penuh rasa malu.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Atau “tidak ingat.”