Mazmur 61:1-8
-
Tuhan, menara kukuh; perlindungan daripada musuh
-
“Aku akan menjadi tetamu di khemah-Mu” (4)
-
Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Mazmur yang digubah oleh Daud.
61 Ya Tuhan, dengarlah seruanku meminta tolong
Dan perhatikanlah doaku.+
2 Dari hujung bumi, aku akan berseru kepada-Mu,Kerana hatiku remuk-redam.+
Bimbinglah aku ke gunung batu yang tinggi,+
3 Kerana Engkaulah pelindungku.Engkaulah menara kukuh yang menaungi aku daripada musuh.+
4 Aku akan menjadi tetamu di khemah-Mu selama-lamanya;+Aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu.+ (Selah)
5 Ya Tuhan, Engkau telah mendengar ikrarku.
Engkau telah memberi aku warisan yang dikhaskan bagi orang yang menghormati nama-Mu.+
6 Engkau akan memanjangkan umur raja+Dan membiarkan hidupnya berlanjutan dari generasi ke generasi.
7 Ya Tuhan, raja akan bertakhta* di hadirat-Mu buat selama-lamanya.+Semoga kasih* dan kesetiaan-Mu melindunginya senantiasa.+
8 Aku akan menunaikan ikrarku setiap hari+Dan menyanyikan lagu untuk memuji nama-Mu selama-lamanya.+