Mazmur 62:1-12

  • Penyelamatan sejati datang daripada Tuhan

    • “Aku menantikan Tuhan dengan sabar” (1, 5)

    • ‘Curahkanlah isi hatimu kepada Tuhan’ (8)

    • Manusia seperti hembusan nafas (9)

    • Jangan bergantung pada kekayaan (10)

Untuk pengarah muzik; Yedutun.* Lagu yang digubah oleh Daud. 62  Sesungguhnya, aku menantikan Tuhan dengan sabar; Dialah sumber penyelamatanku.+   Sememangnya, Dialah gunung batuku dan penyelamatku; Dialah tempat naunganku;*+Maka aku tidak sekali-kali goyah.+   Sampai bilakah kamu akan mencuba membunuh orang yang kamu benci?+ Kamu semua sangat berbahaya seperti* dinding yang miring dan tembok yang hampir roboh.   Kamu berkomplot untuk menjatuhkannya dari tempat kehormatannya;Kamu semua suka berdusta. Kamu memberkati dengan mulut kamu, tetapi kamu mengutuk dalam hati.+ (Selah)   Sesungguhnya, aku menantikan Tuhan dengan sabar;+Dialah sumber harapanku.+   Sememangnya, Dialah gunung batuku dan penyelamatku; Dialah tempat naunganku;Maka aku tidak akan goyah.+   Penyelamatanku dan kemuliaanku datang daripada Tuhan; Dialah gunung batuku dan tempat perlindunganku.+   Hai semua bangsa, percayalah kepada Tuhan senantiasa. Curahkanlah isi hatimu kepada-Nya.+ Dialah tempat naungan kita.+ (Selah)   Manusia hanyalah seperti hembusan nafas,Dan mereka tidak dapat diharapkan.+ Jika mereka semua ditimbang, mereka ternyata lebih ringan daripada sehembus nafas.+ 10  Jangan bergantung pada hasil pemerasan,Dan jangan harapkan keuntungan daripada rompakan. Meskipun kekayaan kamu bertambah, jangan biarkan hatimu tertumpu kepadanya.+ 11  Aku telah mendengar Tuhan berfirman sebanyak dua kali; Dia berfirman bahawa segala kuasa berasal daripada-Nya.+ 12  Ya Yehuwa, Engkau menunjukkan kasih setia+Dan memberikan ganjaran kepada setiap orang menurut perbuatannya.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “tempat naunganku yang tinggi.”
Atau mungkin, “Kamu semua menyerang orang yang bagaikan.”