Mazmur 63:1-11
Lagu yang digubah oleh Daud semasa dia berada di padang belantara Yehuda.+
63 Ya Tuhan, Engkaulah Tuhanku.
Di negeri yang gersang dan tandus, yang tidak berair,+
Aku terus mencari-Mu+ kerana jiwaku sangat merindukan-Mu.Seperti orang yang haus akan air, demikianlah jiwaku memerlukan-Mu.+
2 Aku telah mencari-Mu di tempat suci-Mu;Aku telah melihat kekuatan-Mu dan kemuliaan-Mu.+
3 Kasih setia-Mu lebih berharga daripada nyawa,+Maka aku akan memuliakan-Mu dengan bibirku.+
4 Ya, aku akan memuji-Mu sepanjang hayatku;Aku akan menadahkan tanganku sambil menyeru nama-Mu.
5 Aku* berasa puas dengan bahagian terbaik yang aku terima.Oleh itu, mulutku akan memuji-Mu dengan sorakan sukacita.+
6 Semasa aku berbaring di atas katil, aku ingat akan-Mu;Pada waktu tengah malam, aku merenungkan-Mu.+
7 Engkau ialah penolongku,+Maka aku akan bersorak dengan gembira di bawah naungan sayap-Mu.+
8 Aku berpaut pada-Mu;Dengan tangan kanan-Mu, Engkau terus memegang aku dengan erat.+
9 Tetapi orang yang ingin membunuh akuAkan turun ke lubang kubur.
10 Mereka akan dibunuh dengan pedangDan menjadi makanan serigala.*
11 Namun raja akan bersukacita kerana-Mu.
Setiap orang yang bersumpah demi nama-Mu akan memuji-Mu,Kerana Engkau akan membungkam mulut orang yang berdusta.